logo

FX.co ★ Litecoin: Potensi lantunan semula

Litecoin: Potensi lantunan semula

Litecoin jatuh juga selepas penjualan Bitcoin tetapi kini ia dilihat berusaha untuk pulih dan melantun semula. Altcoin diniagakan pada paras 65.30 sewaktu penulisan artikel berbanding paras rendah semalam pada 62.01. Namun, potensi lantunan masih jauh daripada disahkan.

Dalam tempoh 24 jam terakhir, Litecoin telah turun sebanyak 1.49% dan sebanyak 17.22% dalam tempoh 7 hari yang lalu. Hanya lantunan BTC/USD boleh membantu altcoin untuk melantun juga.

Penurunan LTC/USD Dihentikan!

Litecoin: Potensi lantunan semula

Secara teknikalnya, LTC/USD mendapati permintaan melebihi paras sejarah 61.0. Ia hanya mencatatkan penembusan harga palsu dengan pemisahan yang hebat di bawah halangan psikologi ini dan melalui Lower Median Line (LML) Pitchfork menurun dan kini sedang berjuang keras untuk melantun semula.

Secara peribadi, saya telah menjangkakan Pitchfork menaik dengan harapan haga akan melonjak naiklebih tinggi. Lower Median Line (LML) mewakili sokongan dinamik.

Tinjauan LTC/USD!

Kekal berdagang di atas LML dan lonjakan harga di atas paras 67.05 akan mengaktifkan lantunan yang lebih besar. Senario ini berpotensi untuk menawarkan kemasukan pesanan beli yang baharu.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan