logo

FX.co ★ Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 15 Februari

Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 15 Februari

Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD

Ujian harga 1.0755 berlaku apabila garis MACD sudah berada jauh dari sifar, oleh yang demikian, potensi menaik adalah terhad. Beberapa ketika kemudian, terdapat ujian harga yang lain, tetapi kali ini ia berada pada tahap 1.0789 dan isyarat pasaran adalah untuk menjual. Ia mengakibatkan penurunan harga lebih 50 pip.

Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 15 Februari

Kadar pertumbuhan zon Eropah pada suku ke-4 kekal tidak berubah, sebahagiannya membantu euro pagi semalam. Walau bagaimanapun, data CPI di AS ternyata lebih tinggi berbanding ramalan, oleh yang demikian dolar AS mengukuh semasa sesi dagangan AS.

Beberapa laporan mengenai ekonomi Eropah dijadualkan dikeluarkan pada hari ini, yang tidak mungkin dapat membantu euro. Tetapi lebih menarik ialah ucapan ketua Presiden ECB, Christine Lagarde kerana beliau akan menyampaikan pandangannya tentang masa depan dasar monetari. Pada sebelah petang, letusan volatiliti yang agak serius mungkin berlaku disebabkan oleh data jualan runcit AS untuk Januari. Angka yang lebih tinggi daripada yang diramalkan berkemungkinan akan mendorong kenaikan lebih lanjut dalam dolar AS dan penurunan dalam euro. Laporan mengenai indeks Pembuatan Empire dan perubahan dalam pengeluaran perindustrian akan menjadi kurang menarik.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli euro ketika harga mencapai tahap 1.0745 (garis hijau pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.0789. Pertumbuhan harga akan berlaku jika terdapat penurunan mendadak dalam jualan runcit AS pada Januari ini. Walau bagaimanapun, buka pesanan membeli hanya apabila garis MACD berada di atas sifar atau mula meningkat daripadanya. Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan membeli 1.0711, walau bagaimanapun, garis MACD seharusnya berada di kawasan yang terlebih jualan (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikkan ke tahap 1.0745 dan 1.0789.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual euro setelah harga mencapai tahap 1.0711 (garis merah pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.0667. Tekanan akan kembali jika data mengenai zon Eropah mengecewakan dan jika kenyataan Lagarde adalah "dovish". Tetapi sila ambil perhatian bahawa apabila anda membuka pesanan menjual, garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya. Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan menjual euro pada tahap 1.0745. Namun, garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih belian (overbought), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikan ke tahap 1.0711 dan 1.0667.

Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 15 Februari

Apa yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan membeli pada pasangan mata wang EUR/USD.

Garis tebal hijau adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis halus merah adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis tebal merah adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan