logo

FX.co ★ Bagaimana untuk berdagang pasangan mata wang GBP/USD pada 10 Februari. Tip dan analisis dagangan mudah untuk pedagang baru

Bagaimana untuk berdagang pasangan mata wang GBP/USD pada 10 Februari. Tip dan analisis dagangan mudah untuk pedagang baru

Menganalisis dagangan Khamis:

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 30 Minit


Bagaimana untuk berdagang pasangan mata wang GBP/USD pada 10 Februari. Tip dan analisis dagangan mudah untuk pedagang baru

Pasangan mata wang GBP/USD juga telah meneruskan pergerakan pembetulannya pada Khamis, walaupun ia tidak berubah selama tiga hari. Sila ambil perhatian bahawa Huw Pill, Ketua Pakar Ekonomi Bank of England (BoE), dan Gabenor BoE, Andrew Bailey baru sahaja berucap di hadapan Jawatankuasa Pilihan Perbendaharaan. Kami akan mempertimbangkan ulasan mereka kemudian di dalam artikel fundamental, tetapi di bawah tanggapan pertama, nampaknya mereka tidak mengatakan apa-apa yang boleh menyokong mata wang pound. Malah, saya fikir kita telah mendengar beberapa petunjuk bahawa BoE masih belum dapat mengatasi inflasi yang tinggi, dan kenaikan kadar selanjutnya kini menjadi persoalan terbuka. Namun begitu, pasaran menlihat peristiwa ini dari perspektif kenaikan harga, oleh itu pound mengukuh. Selain itu, saya beranggapan bahawa pembetulan kenaikan harga akan berlaku susulan penurunan selama 4 hari. Pada Jumaat, UK dijadualkan akan mengeluarkan laporan menarik, iaitu laporan mengenai Pengeluaran Perindustrian dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk suku keempat. Terdapat kemungkinan jika ramalan adalah bertepatan dengan nilai sebenar, tidak akan ada tindak balas. Walau bagaimanapun, kita masih harus mempertimbangkan fakta bahawa mungkin terdapat reaksi, bermula pada sebelah pagi. Oleh itu, kita harus bersedia dengan perkembangan sebegini.

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 5 Minit

Bagaimana untuk berdagang pasangan mata wang GBP/USD pada 10 Februari. Tip dan analisis dagangan mudah untuk pedagang baru

Terdapat beberapa isyarat dagangan yang muncul pada Khamis. Pertama, pasangan mata wang ini telah mencapai tahap 1.2079-1.2109, selepas itu ia menembusi kawasan 1.2171-1.2179. Dalam kes pertama, kita sepatutnya membuka pesanan beli, dan apabila harga jatuh di bawah kawasan kedua, kita sepatutnya menutup pesanan beli, kerana ia adalah isyarat untuk membuka pesanan jual. Keuntungan yang diperoleh daripada tawaran ini adalah kira-kira 35 pip. Jumlah ini tidak besar, namun ia adalah lebih baik daripada tiada. Tidak perlu untuk menetapkan harga isyarat jual kerana ia telah dibentuk cukup lewat mengikut masa. Pada siang hari, terdapat pergerakan arah aliran, tetapi lebih kepada pengecualian, didorong oleh peristiwa fundamental yang agak penting.

Tip dagangan pada Jumaat:

Pada carta 30 minit, pasangan mata wang GBP/USD memulakan pembetulan menaik, tetapi segala-galanya akan diputuskan untuk pound pada Jumaat. Saya berpendapat bahawa pound harus terus jatuh beberapa ratus pip lagi, jadi kami menjangkakan pembalikan harga. Pada carta 5 minit, adalah disyorkan untuk berdagang pada tahap berikut; 1.1950-1.1957-1.1961, 1.2065-1.2079, 1.2109, 1.2171-1.2179, 1.2245-1.2260, 1.2337-1.2343. Sebaik sahaja harga melepasi 20 pip ke arah yang betul, anda harus menetapkan pesanan Stop Loss kepada titik pulang modal. Laporan mengenai Pengeluaran Perindustrian UK dan KDNK dijadualkan akan dikeluarkan pada hari Jumaat. Data ini agak penting, oleh itu, peniaga dinasihatkan agar jangan mengabaikannya. Pasaran mungkin bertindak balas terhadapnya semasa sesi Eropah dan AS. Sementara itu, AS akan mengeluarkan laporan indeks Sentimen Pengguna dari Universiti Michigan dan kita juga mempunyai ucapan dari wakil Rizab Persekutuan (Fed).

Peraturan asas sistem dagangan:

1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.

3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.

4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.

5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.

6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.

Pada carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.

Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).

Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.

Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan