logo

FX.co ★ Bagaimana untuk berdagang pasangan EUR/USD pada 9 Februari. Cadangan dan analisis dagangan ringkas untuk pedagang baharu

Bagaimana untuk berdagang pasangan EUR/USD pada 9 Februari. Cadangan dan analisis dagangan ringkas untuk pedagang baharu

Menganalisis dagangan hari Rabu:

Pasangan EUR/USD pada carta M30

Bagaimana untuk berdagang pasangan EUR/USD pada 9 Februari. Cadangan dan analisis dagangan ringkas untuk pedagang baharu

Pada hari Rabu, pasangan mata wang EUR/USD cuba meneruskan pembetulan yang ia juga cuba bermula pada petang Selasa. Ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell di forum ekonomi di Washington menyebabkan reaksi pasaran yang agak kuat, walaupun beliau tidak mengatakan sebarnag perkara yang berlebihan. Powell memang membayangkan kemungkinan mengetatkan dasar monetari yang lebih kukuh, tetapi dolar berjaya jatuh harga. Secara umumnya, kami menganggap penyataan Powell sebagai sesuatu yang melepasi, dan kami berpendapat bahawa pasaran hanya memerlukan sebab untuk menghentikan momentum penurunan pasangan itu. Tetapi kemudian harga gagal menembusi paras tertinggi Selasa pada 1.0761 dan memulakan penurunan lain semasa sesi AS. Tiada latar belakang makroekonomi dan asas, jadi pergerakan adalah teknikal semata-mata. Ia tidak ditutup di atas penghalang pertama, jadi ia kini boleh bergerak ke bawah. Atau mendatar antara 1.0669 dan 1.0761 mungkin berlaku, yang lebih berkemungkinan, memandangkan kalendar kosong pada minggu ini.

Pasangan EUR/USD pada carta M5

Cadangan dagangan pada hari Khamis:

Pada carta 30 minit, pasangan itu terus jatuh dan ia tidak akan berhenti di situ. Saya menjangkakan kejatuhan yang lebih ketara daripada euro kerana ia telah meningkat untuk masa yang lama tanpa sebab. Tiada garisan trend atau saluran lagi, kita memerlukan pembetulan kenaikkan untuk membentuk titik pivot kedua. Pasangan itu juga boleh mendatar. Pada carta 5 minit, adalah disarankan untuk berdagang pada tahap 1.0535, 1.0587-1.0607, 1.0669, 1.0697, 1.0761, 1.0809, 1.0857-1.0867. Sebaik sahaja harga melepasi 15 pip ke arah yang betul, anda harus menetapkan Henti Rugi (SL) kepada pulang modal. Hanya akan terdapat acara sekunder di EU dan Amerika pada hari Khamis. Inflasi Jerman untuk Januari, ucapan Luis de Guindos daripada ECB dan tuntutan pengangguran AS. Tidak mungkin mana-mana acara ini akan menyebabkan reaksi yang kuat.

Peraturan asas sistem dagangan:

1) Kekuatan isyarat ditentukan oleh masa yang diambil oleh isyarat untuk terbentuk (lantunan atau penembusan tahap). Lebih cepat ia terbentuk, lebih kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih kedudukan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Ambil Untung atau menguji tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya pada tahap ini harus diabaikan.

3) Apabila berdagang rata, pasangan boleh membentuk berbilang isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Walau apa pun, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang pada isyarat pertama pergerakan mendatar.

4) Dagangan harus dibuka dalam tempoh antara permulaan sesi Eropah dan pertengahan waktu dagangan AS apabila semua kedudukan perlu ditutup secara manual.

5) Anda boleh berdagang menggunakan isyarat daripada indikator MACD pada carta masa 30 minit hanya di tengah-tengah voaltiliti yang kuat dan trend yang jelas yang harus disahkan oleh garisan trend atau saluran trend.

6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 pip), ia harus dianggap sebagai tahap sokongan dan rintangan.

Pada carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Ambil Untung (TP) berhampiran tahap ini.

Garisan merah ialah saluran atau garisan trend yang memaparkan trend semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikator MACD (14, 22, dan 3) terdiri daripada histogram dan garisan isyarat. Apabila menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan penunjuk ini dalam kombinasi dengan corak trend (saluran dan garisan trend).

Pengumuman penting dan laporan ekonomi yang boleh didapati pada kalendar ekonomi boleh mempengaruhi trajektori pasangan mata wang secara serius. Oleh demikian, pada masa pengeluaran mereka, kami mencadangkan berdagang dengan berhati-hati yang mungkin atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan volatiliti harga yang mendadak.

Pedagang baharu di Forex perlu memahami dengan jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dagangan dalam jangka masa yang panjang.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan