logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 11 Ogos 2023

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 11 Ogos 2023

Gambaran Teknikal Pasaran:

Pasangan mata wang EUR/USD dilihat telah menembusi di atas garis arah aliran rintangan dan di atas zon bekalan urusniaga harian yang terletak di antara tahap 1.1028 - 1.1043 dan membentuk tahap tinggi tempatan pada 1.1062. Walaupun terdapat penembusan harga di atas zon bekalan, rali pasaran dihadkan dan penurunan harga menolak semula pasangan mata wang ini ke arah garis arah aliran sokongan, yang sedang diuji sekarang. Pengesahan pembalikan muncul dengan tahap penembusan 1.1150, jadi kenaikkan perlu melantun dari tahap semasa dan meningkat semula, jauh di atas zon 1.1028 - 1.1043. Sila perhatikan momentum pada carta 4 Jam kerana ia berlegar di sekitar tahap neutral 50 pada RSI (14) selepas mencapai keadaan terlebih beli (overbought) pada carta 4 Jam.

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 11 Ogos 2023

Titik Pivot (PP) Mingguan:

WR3 - 1.10716

WR2 - 1.10306

WR1 - 1.10088

Pivot Mingguan - 1.09896

WS1 - 1.09678

WS2 - 1.09486

WS3 - 1.09076

Tinjauan Dagangan:

Sejak awal Oktober 2022, pasangan mata wang EUR/USD berada dalam kitaran pembetulan untuk menaik, tetapi trend utama jangka panjang kekal menurun. Kitaran pembetulan ini mungkin akan ditamatkan pada tahap 1.1286 iaitu 61% tahap anjakan semula Fibonacci apabila ia dicapai, jadi sila perhatikan tahap ini dan cara peserta pasaran (kenaikan harga dan penurunan) akan menanganinya.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan