logo

FX.co ★ Pelan dagangan pasangan mata wang GBP/USD untuk sesi Eropah pada 8 Februari. Laporan COT dan ulasan dagangan semalam. GBP kekal dalam saluran mendatar

Pelan dagangan pasangan mata wang GBP/USD untuk sesi Eropah pada 8 Februari. Laporan COT dan ulasan dagangan semalam. GBP kekal dalam saluran mendatar

Semalam, pasangan mata wang GBP/USD ini hanya membentuk satu isyarat untuk kemasukan pesanan. Mari kita lihat apa yang berlaku pada carta 5 minit. Dalam ulasan saya di sebelah pagi, saya menyatakan 1.2012 sebagai tahap yang berkemungkinan untuk memasuki pasaran. Harga gagal untuk menembusi tahap 1.2012. Sebaliknya, ia membuat ujian semula menurun pada tahap ini, sekaligus menghasilkan isyarat pesanan membeli. Namun, saya tidak dapat melihat sebarang pergerakan menaik yang kuat dari situ. Selepas meningkat sebanyak 20 pip, pasangan mata wang ini berada di bawah tekanan menurun. Tiada isyarat lain yang muncul pada separuh kedua hari semalam.

Pelan dagangan pasangan mata wang GBP/USD untuk sesi Eropah pada 8 Februari. Laporan COT dan ulasan dagangan semalam. GBP kekal dalam saluran mendatar

Untuk pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD:

Pasangan mata wang ini kekal diniagakan dalam saluran mendatar. Semalam, ia cuba meninggalkan saluran itu tetapi komen Jerome Powell mengehadkan potensi peningkatan pasangan mata wang GBP/USD. Pengerusi Fed berkata adalah perlu untuk terus menaikkan kadar faedah sehingga ia mencapai kemuncak 5.1% atau lebih tinggi disebabkan situasi dalam pasaran buruh AS. Semua ini berfungsi sebagai sokongan untuk dolar AS dalam jangka pendek. Namun, pound mungkin memulakan pembetulan menaik. Memandangkan latar belakang makroekonomi sunyi pada hari ini, saya akan bergantung kepada analisis teknikal. Jika pasangan mata wang ini menurun, saya mungkin mempertimbangkan untuk membuka pesanan membeli hanya selepas penembusan harga palsu pada tahap 1.202412. Ini adalah tahap sokongan baharu yang terbentuk pada penutupan hari yang juga bertindak sebagai garis tengah saluran mendatar. Purata bergerak yang menyokong kenaikan harga juga ditemui pada tahap ini yang membolehkan pound mencapai 1.2088. Sekiranya pasangan mata wang ini menetap di atas tahap ini dan mengujinya dari atas ke bawah, saya akan menjangkakan lonjakan mendadak ke arah tahap tinggi 1.2141. Penembusan harga di atas julat ini akan membuka jalan untuk harga bergerak ke sasaran yang lebih tinggi pada tahap 1.2191. Walau bagaimanapun, senario ini mungkin menjadi kenyataan hanya di tengah-tengah pemacu ekonomi atau politik baharu. Jika kenaikan harga gagal untuk menolak harga ke arah 1.2024, maka tekanan menurun pada pasangan mat awang GBP/USD akan meningkat. Jika ya, saya akan mengesyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan membeli pasangan mata wang ini hanya apabila harga mencecah sokongan seterusnya pada tahap 1.1964 dan hanya selepas penembusan palsu berlaku. Saya akan membuka pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD sejurus selepas harga melantun daripada tahap 1.1881, dengan mengandaikan pembetulan urusniaga harian sebanyak 30-35 pip.

Untuk pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD:

Fakta bahawa pasangan mata wang ini telah memasuki saluran mendatar adalah baik untuk pembeli. Tetapi seperti yang kita dapat lihat, penjual melangkah masuk setiap kali pasangan mata wang ini cuba untuk menembusi di atas tahap 1.2088. Kenyataan Jerome Powell semalam memberi keyakinan kepada mereka tetapi sama ada sesiapa yang masih berada pada tahap ini masih belum jelas. Aliran menurun perlu menegaskan kekuatan pada ketika ini kerana hanya penembusan harga palsu pada tahap 1.2088 akan mewujudkan titik kemasukan yang baik untuk pesanan menjual. Jika ya, pasangan mata wang itu mungkin membangunkan pergerakan yang kuat kepada tahap 1.2024. Penembusan dan ujian semula menurun bagi julat ini akan membatalkan semua rancangan kenaikkan harga dan pemulihan pantas daripada jualan pada hari Jumaat. Ini akan meningkatkan kecenderungan trend menurun, dan isyarat menjual seterusnya boleh membawa harga ke sempadan bawah saluran mendatar yang terletak pada tahap 1.1964. Ujian semula akan mengesahkan pembentukan aliran menurun baharu. Tahap 1.1881 akan berfungsi sebagai sasaran terendah, dan harga mungkin mencapainya hanya di tengah-tengah data kukuh dari AS. Di sinilah saya akan mengambil keuntungan. Jika pasangan mata wang GBP/USD meningkat dan penurunan harga menuju kepada 1.2088, kenaikan harga akan kembali mengawal pasaran. Dalam kes ini, hanya penembusan harga palsu pada tahap rintangan seterusnya 1.2141 akan menawarkan titik masuk kepada pesanan menjual. Jika tiada apa-apa yang berlaku di sana juga, saya akan menjual pasangan mata wang GBP/USD daripada tahap tinggi 1.2191, dengan mengambil kira kemungkinan penarikan semula harga sebanyak 30-35 pip dalam sehari.

Pelan dagangan pasangan mata wang GBP/USD untuk sesi Eropah pada 8 Februari. Laporan COT dan ulasan dagangan semalam. GBP kekal dalam saluran mendatar

Laporan COT:

Laporan Komitmen Pedagang untuk 24 Januari mencatatkan penurunan mendadak dalam kedua-dua pesanan beli dan jual. Penurunan ini adalah dalam nilai yang boleh diterima memandangkan keadaan yang sedang dihadapi oleh kerajaan UK. Pihak berkuasa UK menghadapi mogok dan permintaan untuk gaji yang lebih tinggi sambil cuba menurunkan inflasi. Namun, tumpuan utama kita harus tertumpu kepada perkara lain seperti mesyuarat Fed, yang dijangka kurang agresif, dan mesyuarat Bank of England (BoE). Yang terakhir berkemungkinan mengekalkan pendiriannya yang "hawkish" dan menaikkan kadar sebanyak 0.5%. Jika ya, pound British akan mendapat sokongan kuat sebab itu saya bertaruh untuk kenaikannya melainkan sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Menurut laporan COT terbaharu, pesanan menjual kumpulan peniaga bukan komersial berkurangan sebanyak 7,476 kepada 58,690 manakala pesanan membeli turun 6,713 kepada 34,756. Akibatnya, nilai negatif pesanan bersih bukan komersial merosot kepada -23 934 daripada -24 697 yang dicatatkan seminggu lalu. Perubahan sederhana tersebut tidak mengubah imbangan pasaran. Jadi, kita harus terus memantau keadaan ekonomi di UK dan keputusan BoE. Harga penutupan mingguan naik kepada 1.2350 daripada 1.2290.

Pelan dagangan pasangan mata wang GBP/USD untuk sesi Eropah pada 8 Februari. Laporan COT dan ulasan dagangan semalam. GBP kekal dalam saluran mendatar

Isyarat Indikator:

Moving Averages

Pasangan mata wang GBP/USD ini diniagakan di atas Purata Bergerak (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan ketidaktentuan pasaran.

Nota: Tempoh dan harga MA dipertimbangkan oleh penulis pada carta 1 Jam, H1 dan ia berbeza dengan definisi umum 'Classic Daily Moving Averages' pada carta Harian, D1.

Bollinger Bands

Jika pasangan mata wang GBP/USD meningkat, had atas indikator pada tahap 1.0845 akan berfungsi sebagai rintangan. Jika ia jatuh, had bawah indikator sekitar 1.0800 akan bertindak sebagai sokongan.

Huraian Indikator:

  • • Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Ia ditandakan dengan warna kuning pada carta.
  • Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 30. Ia ditandakan dengan warna hijau pada carta.
  • Indikator MACD (Moving Average Penumpuan/Perbezaan - Moving Average Penumpuan/Perbezaan) Tempoh Pantas EMA 12. Tempoh Perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9
  • Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20
  • Pedagang bukan komersial adalah spekulator, seperti pedagang individu, dana lindung nilai dan institusi besar yang menggunakan pasaran niaga hadapan untuk tujuan spekulasi dan memenuhi syarat tertentu.
  • Pesanan membeli (Long) bukan komersial mewakili jumlah pesanan membeli yang dibuka oleh pedagang bukan komersial.
  • Pesanan menjual (Shot) bukan komersial mewakili jumlah pesanan menjual yang dibuka oleh pedagang bukan komersial.
  • Keseluruhan pesanan bersih bukan komersial adalah perbezaan di antara pesanan menjual dan pesanan membeli di kalangan pedagang bukan komersial.
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan