logo

FX.co ★ Analisis dan tips dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 31 Januari

Analisis dan tips dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 31 Januari

Analisis urusniaga pasangan mata wang GBP/USD

Pound menguji 1.2374, tetapi garis MACD sudah jauh dari sifar, jadi potensi penurunan adalah terhad. Beberapa ketika kemudian, ujian harga yang lain berlaku - pada tahap 1.2405 - tetapi garis MACD juga berada jauh dari sifar ketika itu, oleh yang demikian, tidak ada pergerakan harga yang ketara. Tiada isyarat lain muncul sepanjang hari semalam.

Analisis dan tips dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 31 Januari

Statistik UK yang diterbitkan pada pagi ini tidak mungkin menyokong pound kerana data mengenai bekalan wang M4 dan permohonan gadai janji yang diluluskan tidak memainkan peranan besar untuk peniaga. Oleh itu, jangkakan tekanan berterusan ke atas pasagan mata wang GBP/USD, terutamanya menjelang mesyuarat dasar monetari Rizab Persekutuan. Pada sebelah petang, AS akan mengeluarkan laporan mengenai keyakinan pengguna, yang mana jika ia menunjukkan peningkatan, boleh mendorong kepada satu lagi penurunan pada pasangan mata wang ini. Laporan PMI Chicago, sebaliknya, akan kurang menarik minat pasaran.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli pound setelah harga mencapai tahap 1.2369 (garis hijau pada carta) dan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.2416 (garis hijau lebih tebal pada carta). Pertumbuhan harga boleh berlaku jika tahap 1.2330 tidak ditembusi. adalah diingatkan bahawa apabila anda membuka pesanan membeli, garis MACD harus melebihi sifar atau mula meningkat daripadanya. Pound juga boleh dibeli pada tahap 1.2330, namun, garis MACD harus berada di kawasan yang terlebih jualan (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan ditarik semula ke tahap 1.2369 dan 1.2416

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual pound setelah harga mencapai tahap 1.2330 (garis merah pada carta) dan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.2290. Tekanan akan kekal jika penjual berjaya menembusi tahap sokongan 1.2330 sebelum mesyuarat Fed dan Bank of England. Walau bagaimanapun, sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya. Pound juga boleh dijual pada tahap 1.2369, tetapi garis MACD harus berada di kawasan terlebih belian (overbought), kerana hanya dengan itu, pasaran akan ditarik semula ke tahap 1.2330 dan 1.2290.

Analisis dan tips dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 31 Januari

Apa yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis tebal hijau adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis halus merah adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis tebal merah adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan