logo

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/USD untuk 3 Ogos 2023

Analisis Teknikal GBP/USD untuk 3 Ogos 2023

Gambaran Teknikal Pasaran:

Pasangan mata wang GBP/USD dilihat telah bergerak lebih rendah menuju ke arah tahap lanjutan Fibonacci 100% pada carta 4 Jam. Tekanan menurun berterusan menjelang keputusan kadar faedah Bank of England (Sebelumnya 5.0%, ramalan 5.25%) kerana pasaran meletakkan dirinya di hadapan keluaran data. Sokongan teknikal urusniaga harian dilihat pada tahap 1.2672 dan rintangan teknikal urusniaga harian terletak pada 1.2762. Pasaran semakin menjauhi MA 50 dan 100, yang mengesahkan tekanan menurun walaupun keadaan pasaran amat terlebih jual (oversold) pada carta 4 Jam. Sasaran seterusnya untuk penurunan harga dilihat pada tahap 1.2590. Momentum yang lemah dan negatif pada carta 4 Jam menyokong prospek penurunan harga jangka pendek untuk GBP.

Analisis Teknikal GBP/USD untuk 3 Ogos 2023

Tiitk Pivot (PP) Mingguan:

WR3 - 1.28955

WR2 - 1.28754

WR1 - 1.28671

Pivot Mingguan - 1.28553

WS1 - 1.28470

WS2 - 1.28352

WS3 - 1.28151

Tinjauan Dagangan:

Kenaikan harga meneruskan aliran menaik menuju ke arah rintangan teknikal utama yang terletak pada tahap 1.3163 dan penembusan harga di atas tahap ini diperlukan untuk melanjutkan aliran menaik ke arah ayunan tinggi Mingguan terakhir yang dilihat pada tahap 1.4248. Hanya penembusan harga yang berterusan ke sokongan teknikal yang dilihat pada tahap 1.1775 akan mengubah prospek dagangan kepada penurunan harga.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan