logo

FX.co ★ Analisis dan tips dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 25 Januari

Analisis dan tips dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 25 Januari

Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD

Euro menguji tahao 1.0875 apabila garis MACD baru mula bergerak di bawah sifar, yang merupakan isyarat yang cukup baik untuk membuka pesanan menjual. Ia membawa kepada penurunan harga sekitar 20 pip.

Analisis dan tips dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 25 Januari

Laporan mengenai aktiviti pembuatan dan perkhidmatan di zon Eropah tidak melakukan apa-apa untuk membantu euro pada pagi semalam, tetapi pemulihan dilihat pada sebelah petang kerana data mengenai PMI AS ternyata mencatatkan bacaan yang lebih lemah berbanding jangkaan. Angka itu memberikan sedikit keyakinan kepada pembeli.

Terdapat kemungkinan bahawa momentum kenaikan harga akan berterusan hari ini memandangkan laporan mengenai persekitaran perniagaan Jerman, situasi semasa dan indikator jangkaan ekonomi akan dikeluarkan. Angka yang baik pasti akan mendorong kepada kenaikan selanjutnya dalam euro, terutamanya kerana tiada data penting yang akan dikeluarkan di AS pada sebelah petang.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli euro ketika harga mencapai tahap 1.0915 (garis hijau pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.0955. Pertumbuhan harga akan berlaku jika laporan IFO melebihi jangkaan. Walau bagaimanapun, sebelum membeli, pastikan garis MACD berada di atas sifar atau mula meningkat daripadanya. Euro juga boleh dibeli pada tahap 1.0892, walau bagaimanapun, garis MACD seharusnya berada di kawasan yang terlebih jualan (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikkan ke tahap1.0915 dan 1.0955.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual euro setelah harga mencapai tahap 1.0892 (garis merah pada carta) dan pesanan Take Profit pada tahap 1.0861. Tekanan akan kembali ke pasaran jika laporan menunjukkan data zon Eropah mencatatkan bacaan yang lemah. Tetapi sila ambil perhatian bahawa apabila anda membuka pesanan menjual, garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya. Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan menjual euro pada tahap 1.0915, namun, garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih belian (overbought), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikan ke tahap 1.0892 dan 1.0861.

Analisis dan tips dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 25 Januari

Apa yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan membeli pada pasangan mata wang EUR/USD.

Garis tebal hijau adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis halus merah adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis tebal merah adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan