logo

FX.co ★ Rancangan dagangan untuk EUR/USD dan GBP/USD pada 10 Januari

Rancangan dagangan untuk EUR/USD dan GBP/USD pada 10 Januari

Euro dan pound terus meningkat ekoran kenyataan hari Jumaat oleh pegawai Fed memberi kesan yang memberangsangkan. Mereka secara mengejut membuat kenyataan yang jelas tentang kelembapan mendadak dalam kadar faedah, dimana pasaran sudah bersedia untuk menghadapinya, menjangkakan kenaikan kadar 50 mata asas pada mesyuarat dasar monetari akan datang. Bagaimanapun, apa yang diterangkan hanyalah kenaikan kadar 25 bp, yang mengejutkan ramai pihak.

Ini juga merupakan sebab mengapa data kadar pengangguran terkini di zon euro menjadi kurang menarik, terutamanya apabila angkanya kekal tidak berubah.

Kadar pengangguran (Eropah):

Rancangan dagangan untuk EUR/USD dan GBP/USD pada 10 Januari

Sepanjang tempoh dua hari yang lalu, dolar mengalami kejatuhan dalam harga dan secara tempatan adalah terlebih jual. Tetapi pada penghujung dagangan semalam, terdapat beberapa lantunan semula, yang berkemungkinan akanberterusan ekoran skala penurunan yang agak mengagumkan. Statistik makroekonomi tidak akan mempengaruhi keadaan dalam apa cara sekalipun.

Rancangan dagangan untuk EUR/USD dan GBP/USD pada 10 Januari

Euro melonjak lebih daripada 250 pip untuk tempoh dua hari lepas yang boleh membawa kepada keadaan terlebih beli. Walaupun begitu, ia masih boleh naik kepada paras harga yang lebih tinggi jika paras tertinggi hari sebelumnya ditembusi. Ini bermakna EUR/USD mungkin menjadi terlalu aktif lambat laun, yang akan membawa kepada penarikan semula teknikal.

Pound mempunyai situasi yang hampir sama kerana ia melonjak dari 1.1800 ke atas 1.2200 dalam beberapa hari sahaja. Ia boleh menjadi terlebih beli, tetapi banyak bergantung kepada mood spekulatif peserta pasaran memandangkan pemulihan teknikal sudah berlaku.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan