Menganalisis dagangan Khamis:
Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 30 Minit
Pasangan mata wang GBP/USD juga jatuh pada hari Khamis, seperti yang saya ramalkan. Pound mulai jatuh malam tadi jadi sekurang-kurangnya separuh daripadanya tidak berkaitan dengan latar belakang makroekonomi atau fundamental. Sementara itu, pasangan mata wang ini kebanyakannya dipengaruhi oleh faktor yang sama seperti pasangan mata wang euro/dolar. Satu-satunya perkara yang boleh saya tambahkan ialah laporan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Perkhidmatan UK, yang mencatatkan bacaan lebih tinggi berbanding bacaan November tetapi lebih rendah daripada yang diramalkan dan kekal di bawah "waterline" 50.0. Pada asasnya, saya tidak fikir pound British jatuh secara eksklusif kerana data makro. Kemungkinan besar, kesemua faktor yang diambil bersama (termasuk faktor teknikal) telah mendorong kepada penurunan ini. Saya percaya bahawa pasangan mata wang ini akan jatuh lebih jauh, tetapi pada hari Jumaat, ia sebahagian besarnya akan bergantung kepada data AS. Keputusan mungkin menjadi lemah, yang mungkin mencetuskan penurunan USD atau kenaikan GBP.
Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 5 Minit
Terdapat beberapa isyarat dagangan yang baik pada carta 5 minit. Isyarat yang pertama terbentuk berhampiran tahap 1.2057 pada sebelah malam. Pada pembukaan sesi dagangan Eropah, harga bergerak jauh dengan hanya 5 pip dari titik pembentukan, oleh yang demikian, pedagang baru boleh membuka pesanan menjual. Kemudian pasangan mata wang ini jatuh ke tahap 1.1950-1.1957, dan kemudian ke tahap 1.1863-1.1877, dari mana ia melantun. Pada ketika ini, adalah perlu untuk menutup pesanan menjual. Keuntungan berjumlah 140 pip, yang lebih daripada pampasan untuk kerugian pada pasangan mata wang EURUSD (namun begitu, jumlah ini tidak besar) dan oleh itu, pedagang baru boleh memperoleh beberapa keuntungan yang baik. Isyarat kemasukan pesanan membeli berhampiran 1.1877 tidak boleh digunakan kerana ia telah terbentuk agak lewat. Hasilnya, dagangan semalam adalah sangat menguntungkan berikutan pergerakan trend yang baik.
Tips dagangan pada hari Jumaat:
GBP meneruskan aliran menurun pada carta 30 minit. Saya percaya bahawa ia masih cenderung untuk jatuh lebih rendah, jadi saya menjangkakan ia akan terus jatuh dalam masa satu atau dua minggu akan datang. Perlu diperhatikan juga bahawa pasangan mata wang ini berkemungkinan akan mengukuh pada Jumaat, tetapi semuanya bergantung pada sifat data makro AS. Pada carta 5 minit, adalah disyorkan untuk berdagang pada tahap 1.1648, 1.1716, 1.1793, 1.1863-1.1877, 1.1950-1.1957, 1.2008, 1.2057-1.2074 dan 1.2074 Sebaik sahaja harga melepasi 20 pips ke arah yang betul, anda harus menetapkan pesanan Stop Loss ke titik pulang modal. Satu-satunya perkara yang dijadualkan untuk hari Jumaat di Britain ialah pengumuman laporan PMI Pembinaan UK, di mana laporan ini adalah tidak begitu penting, terutamanya dengan berlatar belakangkan laporan lain. Di AS, akan terdapat data mengenai pasaran buruh, pengangguran, gaji dan indeks ISM. Sekurang-kurangnya tiga daripada empat laporan mempunyai status "penting".
Peraturan asas sistem dagangan:
1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.
2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.
3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.
4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.
5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.
6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.
Pada carta:
Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.
Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.
Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).
Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.
Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.