logo

FX.co ★ Analisis dan tips dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 29 Disember

Analisis dan tips dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 29 Disember

Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD

Ujian pertama pada tahap 1.0634 berlaku semasa garis MACD berada agak jauh dari sifar, oleh yang demikian, potensi penurunan harga adalah dihadkan. Beberapa ketika kemudian, ujian kedua berlaku, tetapi kali ini isyarat pasaran adalah untuk kemasukan pesanan membeli, yang mengakibatkan kenaikan harga sekitar 20 pip. Tahap 1.0665 telah diuji pada sebelah petang.

Analisis dan tips dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 29 Disember

Pasangan mata wang EUR/USD diniagakan sedikit meningkat pada hari Rabu selepas AS melaporkan data yang sangat lemah mengenai pemjualan rumah belum siap. Walau bagaimanapun, keadaan menjadi reda dengan cepat berikutan laporan mengenai bekalan wang M3 zon Eropah dan pinjaman sektor swasta, yang mungkin akan memberi banyak tekanan ke atas euro. Kemudian, petang ini, AS dijadualkan akan mengeluarkan data mingguannya mengenai tuntutan pengangguran.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli euro ketika harga mencapai tahap 1.0634 (garis hijau pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.0668. Walaupun terdapat peluang untuk pertumbuhan harga pada hari ini, namun ia tidak mungkin bertahan lama. Juga, pesanan membeli hanya boleh dibuka apabila garis MACD berada di atas sifar atau mula meningkat daripadanya. Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan membeli Euro pada tahap 1.0606, walau bagaimanapun, garis MACD seharusnya berada di kawasan yang terlebih jualan (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikkan ke tahap 1.0634 dan 1.0668.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual euro setelah harga mencapai tahap 1.0606 (garis merah pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.0573. Tekanan akan kembali jika laporan dari zon Eropah ternyata mencatatkan bacaan yang lebih lemah daripada yang dijangkakan. Penyatuan yang gagal pada tahap 1.0606 juga akan membawa kepada penurunan harga. Tetapi sila ambil perhatian apabila anda ingn membuka pesanan menjual, pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya. Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan menjual euro pada tahap 1.0634, walau bagaimanapun, garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih belian (overbought), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikan ke tahap 1.0606 dan 1.0573.

Analisis dan tips dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 29 Disember

Apa yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan membeli pada pasangan mata wang EUR/USD.

Garis tebal hijau adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis halus merah adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis tebal merah adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan