logo

FX.co ★ Analisis Teknikal EUR/USD untuk 7 Julai 2023

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 7 Julai 2023

Tinjauan Pasaran Teknikal:

Pasangan mata wang EUR/USD telah melantun daripada sokongan teknikal utama dilihat pada 1.0836 untuk kali ketiga, ia merupakan sokongan yang sangat penting untuk kenaikan harga menjelang penerbitan data NFP-Payrolls pada hari ini. Rintangan teknikal urusniaga harian dilihat pada tahap 1.0900, di mana garis arah aliran jangka pendek terletak pada carta masa H4. Sila ambil perhatian, momentum kembali di bawah tahap lima puluh, jadi terdapat pengesahan tekanan menurun pada carta rangka masa yang lebih rendah. Sekiramya penembusan lebih rendah, sasaran seterusnya untuk penurunan harga dilihat pada tahap 1.0780. Hanya penembusan yang berterusan di atas rintangan dinamik purata bergerak akan mengubah tinjauan kepada lebih menaik.

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 7 Julai 2023

Pivot point Mingguan:

WR3 - 1.09868

WR2 - 1.09389

WR1 - 1.09120

Pivot Mingguan - 1.08910

WS1 - 1.08641

WS2 - 1.08431

WS3 - 1.07952

Tinjauan Dagangan:

Sejak awal Oktober 2022, EUR/USD berada dalam kitaran pembetulan untuk menaik, tetapi arah aliran utama jangka panjang kekal menurun. Kitaran pembetulan ini mungkin telah ditamatkan pada tahap 1.2080 iaitu 61% tahap anjakan Fibonacci. EUR telah membuat paras rendah beberapa dekad baharu pada tahap 0.9538, oleh itu selagi USD dibeli di seluruh carta, arah aliran menurun akan berterusan ke arah tahap rendah baharu.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan