logo

FX.co ★ GBP/USD: Ramalan awal dagangan untuk 7 Disember, 2022

GBP/USD: Ramalan awal dagangan untuk 7 Disember, 2022

Oleh kerana kalendar makroekonomi yang kosong, pound sebahagian besarnya bergerak secara mendatar semalam. Walau bagaimanapun, menjelang penutupan sesi dagangan Amerika Utara, nampaknya peserta pasaran teringat bahawa mata wang itu terlebih belian (overbought) dan menolaknya ke arah bawah. Dalam banyak cara, ia berlaku disebabkan oleh faktor teknikal semata-mata dan pelupusan pasaran sedia ada. Malah, keadaan tidak mungkin berubah hari ini. Kalendar makroekonomi masih kosong, dan mata wang sterling akan kekal terlebih belian (overbought). Dalam erti kata lain, peserta pasaran masih akan dipandu oleh faktor teknikal semata-mata, yang bersama-sama dengan pound terlebih belian, mungkin membawa kepada penurunan seterusnya dalam harga. Pada masa yang sama, jika kejatuhan berlaku, ia berkemungkinan kecil.

Pasangan mata wang GBP/USD ditarik semula dari ayunan tinggi dan menembusi tahap sokongan 1.2150. Akibatnya, pembalikan harga telah berlaku. Penarikan semula harga semasa mungkin berubah menjadi pembetulan sepenuhnya.

Apabila harga menembusi tahao 1.2150 pada carta 4 Jam, RSI melepasi garis 50 ke bahagian bawah. Isyarat ini menunjukkan peningkatan dalam jumlah jualan. Pada carta harian, indikator dilihat sedang bergerak naik dalam julat 50/70.

MA Alligator kelihatan pada carta 4 Jam, yang mengesahkan keterbalikan intraday. Pada carta harian, Alligator sedang bergerak menaik, menandakan sentimen kenaikan harga dalam jangka sederhana.

 GBP/USD: Ramalan awal dagangan untuk 7 Disember, 2022

Tinjauan

Penyatuan harga di bawah tahap 1.2150 boleh membawa kepada kejatuhan dalam pound ke tahap psikologi 1.2000. Ini nampaknya pergerakan pembetulan, yang tidak menembusi kitaran kenaikan harga dari tahap rendah.

Sebagai alternatif, jika harga berhenti berhampiran 1.2150, dorongan kenaikan harga akan berakhir. Sementara itu, sebut harga akan kekal kukuh di atas tahap 1.2200 pada carta harian.

Dari segi analisis indikator yang kompleks, pembetulan berterusan akan menghasilkan isyarat kemasukan pesanan membeli untuk jangka pendek dan intraday.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan