logo

FX.co ★ Analisis dan tips dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 2 Disember

Analisis dan tips dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 2 Disember

Analisis urus niaga pasangan mata wang EUR/USD

Walaupun terdapat ujian harga pada tahap 1.0416, yang telah berlaku apabila garis MACD baru mula bergerak di bawah sifar, memulakan isyarat menjual, euro jatuh hanya 15 pip, membawa kepada kerugian. Membuka pesanan membeli pada tahap 1.0455 juga bukanlah idea yang baik kerana garis MACD naik melebihi sifar pada masa itu. Hanya penjualan dari tahap 1.0515 pada sebelah petang menghasilkan keputusan yang baik, iaitu penurunan harga lebih 30 pip, yang mengimbangi kerugian pada sebelah pagi.

Analisis dan tips dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 2 Disember

Aktiviti pembuatan yang sangat lemah di zon Eropah membawa kepada isyarat menjual, yang ternyata salah dan membawa kepada kerugian. Kemudian, pada sebelah petang, data pembuatan lemah yang serupa di AS menyebabkan kejatuhan mendadak dalam dolar, meneruskan aliran kenaikan harga pada pasangan mata wang EUR/USD.

Angka imbangan dagangan Jerman dijangkakan akan dikeluarkan pada hari ini, serta indeks harga pengeluar zon Eropah. Jika kedua-dua data menunjukkan bahawa inflasi menurun, euro cenderung untuk menghentikan pertumbuhan, tetapi ia tidak akan mengubah arah aliran semasa. Pada sebelah petang, AS akan mengeluarkan laporan mengenai kadar pengangguran dan senarai gaji bukan perladangan, yang boleh menyebabkan penurunan dolar AS lagi. Purata gaji setiap jam dan kadar penyertaan tenaga buruh juga akan memberi kesan kepada pasaran, begitu juga ucapan ahli FOMC Charles Evans. Jika data pasaran buruh merekodkan bacaan yang jauh lebih baik daripada jangkaan, dolar akan meningkat, tetapi ia tidak akan bertahan lama.

Untuk membuka pesanan membeli:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan membeli euro apabila sebut harga mencapai tahap 1.0549 (garis hijau pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.0600. Pertumbuhan harga boleh berlaku selepas laporan pasaran buruh AS yang lemah. Tetapi adalah diingatkan bahawa apabila anda membuka pesanan membeli, garis MACD harus melebihi sifar atau mula meningkat daripadanya.

Ia juga adalah mungkin untuk membuka pesanan membeli euro pada tahap 1.0513, tetapi garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih jualan (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikkan ke tahap 1.0549 dan 1.0600.

Untuk membuka pesanan menjual:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan menjual euro apabila sebut harga mencapai tahap 1.0513 (garis merah pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.0471. Tekanan akan kembali jika statistik di zon Eropah menyaksikan bacaan yang lebih lemah daripada yang dijangkakan. Tetapi sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya.

Ia juga adalah mungkin untuk membuka pesanan menjual euro pada tahap 1.0549, walau bagaimanapun, garis MACD sepatutnya berada dalam kawasan terlebih belian (overbought), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikkan ke tahap 1.0513 dan 1.0471.Analisis dan tips dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 2 Disember

Apa yang terdapat carta:

Garis halus hijau menunjukkan titik kemasukan untuk membuka pesanan membeli.

Garis tebal hijau ialah ramalan harga di mana anda boleh menetapkan pesanan Take Profit atau mengunci keuntungan sendiri kerana harga tidak mungkin meningkat melebihi tahap ini.

Garis halus halus menunjukkan titik kemasukan untuk membuka pesanan menjual.

Garis tebal merah ialah ramalan harga di mana anda boleh menetapkan pesanan Take Profit atau mengunci keuntungan sendiri kerana harga tidak mungkin menurun di bawah tahap ini.

Indikator MACD. Apabila memasuki pasaran, adalah penting untuk memberi perhatian kepada zon 'Overbought' dan 'Oversold'.

Penting. Pedagang baru perlu membuat keputusan yang sangat berhati-hati untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan fundamental yang penting, adalah lebih baik untuk menjauhkan diri daripada pasaran. Pasaran diniagakan dengan agak tidak menentu dan anda mungkin akan mengalami kerugian. Jika anda membuat keputusan untuk berdagang semasa pengumuman berita, maka anda perlu menetapkan pesanan Stop Loss bagi tujuan meminimumkan kerugian. Sekiranya anda tidak berbuat sedemikian, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit dengan sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang tetapi berdagang dalam jumlah yang besar.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan