logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 20 Jun 2023

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 20 Jun 2023

Gambaran Teknikal Pasaran:

Pasangan mata wang GBP/USD telah mencapai tahap anjakan semula Fibonacci 61% pada carta mingguan yang terletak pada tahap 1.2778 dan setakat ini harga telah ditolak daripada tahap itu. Ini adalah garis penentu untuk penurunan harga kerana sebarang penembusan yang lebih tinggi akan dianggap kenaikan harga. Setakat ini, tahap tinggi bulanan berada pada tahap 1.2847. Pada carta masa yang lebih kecil, seperti 4 Jam, sokongan teknikal urusniaga harian masng-masing dilihat terletak pada tahap 1.2809 dan 1.2767. Momentum yang kukuh dan positif pada carta 4 Jam menyokong prospek kenaikkan jangka pendek untuk GBP, tetapi disebabkan oleh keadaan pasaran yang sangat terlebih beli (overbought) pada carta 4 Jam, pasaran cenderung untuk ditarik semula tidak lama lagi.

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 20 Jun 2023

Titik Pivot (PP) Mingguan:

WR3 - 1.28745

WR2 - 1.28480

WR1 - 1.28330

Pivot Mingguan - 1.28215

WS1 - 1.28065

WS2 - 1.27950

WS3 - 1.27685

Tinjauan Dagangan:

Anjakan semula Fibonacci 61% yang terletak pada tahap 1.2778 telah dicapai, tetapi ini tidak menunjukkan bahawa kitaran pembetulan menaik telah dihentikan. Sebarang penembusan harga yang berterusan di atas tahap ini dan penutupan graf lilin mingguan di atasnya diperlukan untuk menukar prospke jangka panjang kepada kenaikan harga. Tahap sokongan teknikal jangka panjang utama dilihat pada 1.2444. Sasaran jangka panjang seterusnya untuk kenaikan harga dilihat pada tahap 1.3160.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan