logo

FX.co ★ Bagaimanakah untuk berdagang pasangan EUR/USD pada 22 November 2022. Cadangan dan analisis dagangan mudah untuk pedagang baru

Bagaimanakah untuk berdagang pasangan EUR/USD pada 22 November 2022. Cadangan dan analisis dagangan mudah untuk pedagang baru

Menganalisis dagangan Isnin:

Pasangan EUR/USD pada carta M30

Bagaimanakah untuk berdagang pasangan EUR/USD pada 22 November 2022. Cadangan dan analisis dagangan mudah untuk pedagang baru

Pasangan mata wang EUR/USD telah didagangkan dalam aliran yang kukuh pada hari Isnin dan menembusi di atas garis arah aliran menaik menjelang akhir sesi. Pada minggu sebelumnya, saya menyebut beberapa kali bahawa pembetulan ke bawah yang kuat akan bermula. Nampaknya pembetulan sudah bermula. Pedagang kini mempunyai isyarat teknikal yang jelas, jadi arah aliran telah pun berbalik kepada bahagian bawah dan berkemungkinan berterusan. Tiada acara ekonomi penting pada hari Isnin sama ada di AS atau di EU. Oleh demikain, kejatuhan dalam mata wang Eropah tidak boleh dikaitkan dengan sebarang latar belakang makroekonomi atau asas. Sepanjang minggu ini, hanya terdapat beberapa laporan penting yang sebenarnya bagus untuk pasangan itu kerana ia tidak akan terjejas oleh sebarang faktor luaran. Saya menjangkakan dolar AS akan pulih kerana penurunan pusingan terbarunya yang telah diperhatikan sejak tiga minggu lalu adalah tidak berasas dan tidak logik.

Pasangan EUR/USD pada carta M5

Bagaimanakah untuk berdagang pasangan EUR/USD pada 22 November 2022. Cadangan dan analisis dagangan mudah untuk pedagang baru

Pergerakan aliran boleh diperhatikan dengan baik pada carta 5 minit. Satu-satunya masalah ialah kebanyakannya berlaku dalam sesi dagangan Asia, iaitu pada waktu awal apabila kami tidak mencadangkan dagangan. Jadi, pada saat isyarat dagangan pertama dan satu-satunya telah terbentuk berhampiran kawasan 1.0269 -1.0277, harga telah pergi jauh ke arah bawah. Namun, pedagang boleh membuat keuntungan walaupun dari isyarat ini. Pasangan mata wang ini menembusi di atas julat yang disebutkan dan hampir mencapai tahap utama 1.0221. Ia terlepas kira-kira 5-6 mata untuk mencapai tahap ini yang agak banyak untuk pasangan mata wang euro/dolar. Oleh demikian, dagangan sepatutnya ditutup secara manual walaupun detik ini sukar untuk dikesan. Jika pedagang baru gagal melakukan ini, tidak mengapa. Bagaimanapun, harga tidak boleh mencapai 1.0269 sebelum petang. Jadi, kedudukan ini boleh ditutup dengan keuntungan dalam apa jua keadaan.

Cadangan dagangan pada hari Selasa:

Aliran menaik telah dibatalkan pada carta masa 30 minit, seperti yang kami ramalkan seminggu yang lalu. Lebih baik lewat daripada tidak sama sekali. Minggu ini, pasangan itu mungkin melanjutkan penurunannya walaupun tidak akan ada latar belakang makroekonomi atau asas. Pada carta 5 minit pada hari Selasa, adalah disarankan untuk berdagang pada tahap 1.0093, 1.0123, 1.0156, 1.0221, 1.0269-1.0277, 1.0354, 1.0391, dan 1.0433. Sebaik sahaja harga melepasi 15 pip ke arah yang betul, anda harus menetapkan Henti Rugi (SL) kepada pulang modal (breakeven). Tiada acara asas penting dijangka pada hari Selasa sama ada di AS atau di EU. Namun, kami masih memerhatikan pembentukan arah aliran baharu, dan pasangan itu melepasi 100 pip setiap hari. Pasangan itu membuka sesi tanpa tanda-tanda pergerakan mendatar yang bermakna kami mungkin mengharapkan aliran yang betul sepanjang minggu.

Peraturan asas sistem dagangan

1) Kekuatan isyarat ditentukan oleh masa isyarat itu diambil untuk terbentuk (lantunan atau penembusan tahap). Lebih cepat ia terbentuk, lebih kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih kedudukan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Ambil Untung (TP) atau menguji tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya pada tahap ini harus diabaikan.

3) Apabila berdagang mendatar, pasangan boleh membentuk berbilang isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Walau apa pun, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang pada isyarat pertama pergerakan mendatar.

4) Dagangan harus dibuka dalam tempoh antara permulaan sesi Eropah dan pertengahan waktu dagangan AS apabila semua kedudukan mesti ditutup secara manual.

5) Anda boleh berdagang menggunakan isyarat dari indikator MACD pada carta masa 30 minit hanya di tengah-tengah volatiliti yang kuat dan arah aliran yang jelas yang harus disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.

6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 pip), ia harus dianggap sebagai tahap sokongan dan rintangan.

Pada carta

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.

Garis merah ialah saluran atau garisan arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikator MACD (14, 22, dan 3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indikator ini dalam kombinasi dengan corak arah aliran (saluran dan garis arah aliran).

Pengumuman penting dan laporan ekonomi pada kalendar ekonomi boleh memberi kesan yang besar pada trajektori pasangan mata wang. Akibatnya, kami mengesyorkan berdagang dengan berhati-hati yang mungkin atau meninggalkan pasaran sekitar masa penerbitan mereka untuk mengelakkan pergerakan harga yang teruk.

Pedagang baru di Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dagangan dalam jangka masa yang panjang.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan