logo

FX.co ★ EUR/USD: Tips dagangan untuk pedagang baru pada 21 November. Analisis dagangan semalam

EUR/USD: Tips dagangan untuk pedagang baru pada 21 November. Analisis dagangan semalam

Cadangan dagangan

Harga dilihat telah menguji tahap 1.0357 apabila indikator MACD mula bergerak ke arah bawah dari sifar. Ini membuktikan bahawa titik masuk untuk pesanan menjual adalah tepat. Walau bagaimanapun, pasangan mata wang ini gagal menunjukkan penurunan harga yang ketara. Akibatnya, pedagang mengalami kerugian. Pada bahagian kedua hari ini, pasangan mata wang ini sekali lagi menguji tahap 1.0357, tetapi indikator MACD berada di bawah sifar. Itulah sebabnya saya memutuskan untuk mengelakkan pesanan jualan dan tidak memasuki pasaran, tetapi ia adalah andaian yang salah. Tekanan ke atas euro kembali dan pasangan mata wang ini terus melemah.

EUR/USD: Tips dagangan untuk pedagang baru pada 21 November. Analisis dagangan semalam

Ucapan presiden ECB tidak menyokong pasaran dan pasangan mata wang ini tidak mempunyai sebab untuk meneruskan ralinya pada bahagian pertama hari itu. Lebih-lebih lagi, dolar AS disokong oleh data penjualan rumah sedia ada AS. Hari ini, tiada laporan yang boleh mendorong kepada pertumbuhan pasangan mata wang euro/dolar. Awal hari ini, Jerman akan mengeluarkan data harga pengeluarnya. Jika indikator menurun, pedagang mungkin menjual euro dalam sehari, kerana inflasi yang lebih rendah akan membolehkan ECB bertenang. Pada bahagian kedua hari itu, pedagang mungkin hanya menumpukan pada laporan Aktiviti Kebangsaan Fed Chicago. Berdasarkan kepada latar belakang ini, volatiliti pasaran dijangka menjadi sederhana.

Isyarat untuk membeli pasangan mata wang EUR/USD:

Senario 1: hari ini, pedagang boleh membeli euro jika harga mencecah tahap 1.0297 (garis hijau pada carta) dengan sasaran terletak pada 1.0366. Pada tahap ini adalah disyorkan untuk meninggalkan pasaran dan membuka pesanan yang bertentangan, dengan menjangkakan perubahan sebanyak 30-35 pip. Kemudian, pasangan mata wang ini hampir tidak akan menunjukkan kenaikan. Hanya data inflasi yang kukuh boleh mendorong kepada kenaikan pasangan mata wang ini. Sila ambil perhatian apabila anda ingn membuka pesanan membeli, pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula menaik daripadanya.

Senario 2: Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan membeli jika harga mencecah tahap 1.0249. Pada masa itu, indikator MACD sepatutnya berada di kawasan terlebih jualan (overold), yang akan menghadkan potensi penurunan harga pada pasangan mata wang EUR/USD. Ini, seterusnya, akan membawa kepada pembalikan pasaran. Dalam kes ini, pasangan mata wang cenderung untuk meningkat kepada 1.0297 atau 1.0366.

Isyarat untuk menjual pasangan mata wangEUR/USD:

Senario 1: pedagang boleh menjual euro sebaik sahaja harga mencapai ahap 1.0249 (garis merah pada carta). Sasaran terletak pada tahap 1.0183, di mana ia disyorkan untuk meninggalkan pasaran dan membuka pesanan membeli, dengan menjangkakan kenaikan 20-25 pip. Tekanan ke atas euro mungkin kekal utuh, terutamanya di tengah-tengah berita dari China tentang gelombang baharu coronavirus. Sila ambil perhatian apabila anda ingn membuka pesanan menjual, pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya.

Senario 2: Hari ini, pedagang juga boleh menjual euro jika ia mencecah tahap 1.0297. Pada masa itu, indikator MACD sepatutnya berada di kawasan terlebih belian (overbought). Ini akan menghadkan potensi menaik pasangan mata wang EUR/USD dan menyebabkan pembalikan pasaran menurun. Harga mungkin jatuh ke tahap 1.0249 dan 1.0183.

EUR/USD: Tips dagangan untuk pedagang baru pada 21 November. Analisis dagangan semalam

Apa yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan membeli pada pasangan mata wang EUR/USD.

Garis tebal hijau adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis halus merah adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis tebal merah adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan