logo

FX.co ★ Bitcoin diniagakan sedikit terjejas ekoran keputusan mesyuarat Rizab Persekutuan

Bitcoin diniagakan sedikit terjejas ekoran keputusan mesyuarat Rizab Persekutuan

Bitcoin diniagakan sedikit terjejas ekoran keputusan mesyuarat Rizab Persekutuan

Minggu lepas, Bitcoin berjaya meningkat sebanyak $2,000 daripada paras sebelumnya iaitu $18,500. Walau bagaimanapun, BTC kekal dalam kawasan $20,400 sejak daripada itu. Mata wang kripto kini bergerak mendatar sekali lagi, menunjukkan bahawa keadaan teknikal tidak berubah. Garis arah aliran dalam carta harian, D1 tidak lagi berkaitan, tetapi kerana BTC telah menembusi di atasnya semasa aliran mendatar, penembusan harga ini tidak boleh menjadi isyarat untuk kemasukan pesanan membeli atau isyarat untuk pembalikan arah aliran. Sebut harga kekal dalam julat $18,500-$24,350 dan cenderung untuk kekal dalam julat ini untuk jangka masa yang lama.

Kenyataan yang dinanti-nantikan oleh pengerusi Fed, Jerome Powell akhirnya berlaku semalam. Bagi pemain pasaran, acara ini lebih penting daripada kenaikan kadar faedah itu sendiri. FOMC meningkatkan kadar faedah sebanyak 0.75%, sepadan dengan jangkaan, tetapi terdapat persoalan mengenai rancangan pengawal selia. Jerome Powell dengan jelas menyatakan bahawa Rizab Persekutuan akan mempertimbangkan untuk memperlahankan kadar kenaikan kadar pada mesyuarat akan datang, tetapi kadar itu boleh dinaikkan lebih tinggi dan pada kadar yang lebih pantas bergantung kepada keadaan. Mengikut situasi, Powell merujuk kepada inflasi, yang menurun tetapi hanya kepada 8.2%. Pengerusi Fed juga mengakui ketinggalan dasar monetari mempengaruhi aktiviti ekonomi dan inflasi. Oleh itu, dua keluaran data CPI seterusnya akan menjadi kunci – ia akan menunjukkan sama ada inflasi semakin perlahan di bawah kadar dana Fed 4% atau tidak. Jika tidak, Rizab Persekutuan boleh memutuskan untuk menaikkan semula kadar faedah secara agresif.

Menurut senario garis dasar, mungkin terdapat dua lagi kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat. Fed berkemungkinn akan meningkatkan kadar sebanyak 0.5% dan 0.25%, dengan kadar dana Fed mencecah 4.75% pada awal tahun 2023. Walau bagaimanapun, Powell memberikan isyarat kepada pasaran bahawa kadar faedah boleh digerakkan lebih tinggi, kerana inflasi boleh melebihi ramalan awal yang dibuat oleh Fed pada bulan September. Oleh itu, dasar monetari Fed boleh diperketatkan lagi, dan kadar faedah boleh melebihi 4.75%, jauh melebihi 3.5% yang dijangkakan pada awal tahun 2022. Ini adalah faktor penurunan harga bagi BTC.

Bitcoin diniagakan sedikit terjejas ekoran keputusan mesyuarat Rizab Persekutuan

Bitcoin gagal untuk menembusi paras $18,500 (Fibo 127.2%) sejak beberapa bulan yang lalu. Tidak jelas berapa lama BTC akan kekal dalam saluran mendatar. Dalam situasi ini, pedagang tidak seharusnya tergesa-gesa untuk membuka pesanan dagangan sehingga mata wang kripto keluar dari saluran aliran. Penembusan harg di bawah paras $18,500 akan membuka jalan untuk harga bergerak ke arah $12,426. Kemasukan pesanan membeli dengan saiz lot kecil boleh dibuka jika BTC melantun dari paras $18,500 menuju ke paras yang lebih tinggi lagi.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan