logo

FX.co ★ Ramalan terkini untuk GBP/USD pada 13 Oktober 2022

Ramalan terkini untuk GBP/USD pada 13 Oktober 2022

Menurut ramalan, pertumbuhan pengeluaran perindustrian UK seharusnya meningkat kepada 1.3% daripada 1.1%. Walau bagaimanapun, data sebelumnya telah disemak semula menurun kepada penurunan sebanyak 3.2%. Oleh demikian, pada bulan sebelumnya, pengeluaran perindustrian UK jatuh berbanding meningkat. Lebih-lebih lagi, penurunan itu telah meningkat kepada 5.2%. Tidak dinafikan bahawa ekonomi United Kingdom sedang menuju ke arah kemelesetan. Di samping itu, IHPR AS merosot kepada 8.5% daripada 8.7% berbanding jatuh lebih mendalam kepada catatan 8.4%. Ini bermakna bahawa inflasi di AS semakin perlahan berbanding jangkaan. Senario itu merupakan sebabnya Fed perlu menaikkan kadar penanda aras pada kadar yang sama.

Indeks Harga Pengeluar AS

Ramalan terkini untuk GBP/USD pada 13 Oktober 2022

Di sebalik realiti ini, pound sterling semakin meningkat. Khabar angin bahawa Bank of England akan terus membeli bon selepas 14 Oktober mendorong kenaikan. Untuk mengelakkan insolvensi, pihaknya akan membeli bon daripada dana pencen. Laporan sedemikian sudah cukup untuk menaikkan harga, kerana keadaan kewangan dana pencen mungkin mewakili cabaran besar kepada ekonomi British, sekurang-kurangnya buat masa ini. Jika Bank of England menamatkan program pembelian bon mereka, dana pencen tertentu mungkin menjadi muflis, menyebabkan kerosakan ekonomi di UK.

Bagaimanapun, hari ini, semua masalah ini adalah tidak penting kerana pedagang akan memberi tumpuan kepada laporan inflasi AS, yang akan menentukan kadar selanjutnya kenaikan kadar faedah utama. Menurut ramalan, pertumbuhan harga pengguna mungkin merosot kepada 8.2% daripada 8.3%. Walaupun ia adalah perubahan yang tidak ketara, inflasi akan tetap perlahan. Terutama, data PPI semalam menunjukkan fakta bahawa inflasi mungkin kekal tidak berubah. Jika ramalan itu menjadi kenyataan, pelabur akan membuat keputusan perdagangan berdasarkan fakta bahawa kadar penanda aras akan meningkat sebanyak 150 mata asas menjelang akhir tahun. Kini, semua orang menjangkakan bahawa ia akan ditingkatkan sebanyak 125 mata asas. Ia adalah perbezaan yang besar yang boleh menyebabkan kenaikan dalam dolar AS.

Pertumbuhan Inflasi AS

Ramalan terkini untuk GBP/USD pada 13 Oktober 2022

Pasangan mata wang pound/dolar menukar arah alirannya selepas jangka pendek berlegar berhampiran tahap 1.1000. Akibatnya, ia melantun semula kepada 1.1100 dan berhenti disitu.

Pada carta empat jam, penunjuk teknikal RSI kembali ke tahap 50, yang menunjuk kepada lantunan. Sementara itu, pada carta harian, penunjuk masih bergerak di kawasan bawah 30/50, sekali gus mencerminkan sentimen penurunan harga yang amat menggalakkan di kalangan pedagang.

Dalam tempoh yang sama, MA Alligator bersilang antara satu sama lain, yang membuktikan penurunan yang lebih perlahan dalam tempoh harian (intraday). Pada carta harian, penunjuk mengabaikan semua volatiliti harga, MA menuju ke bawah.

Ramalan terkini untuk GBP/USD pada 13 Oktober 2022

Tinjauan

Lantunan semula baru-baru ini membawa kepada perubahan dalam sentimen pasaran. Kini, pasangan mata wang ini mempunyai peluang untuk kembali ke tahap rintangan 1.1410/1.1525. Untuk membuktikan isyarat teknikal, sebut harga harus mengukuh di atas 1.1000 dan menembusi paras tinggi pada minggu lepas.

Senario menurun akan menjadi mungkin sekiranya harga jatuh di bawah 1.1000 sekurang-kurangnya pada carta empat jam.

Dari segi analisis penunjuk yang kompleks, kita melihat bahawa dalam tempoh jangka pendek dan urusniaga harian, penunjuk menunjukkan arah aliran menaik walaupun terdapat stagnasi semasa. Dalam tempoh pertengahan, indikator menunjukkan aliran menurun.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan