logo

FX.co ★ Analisis teknikal Emas untuk 5 April 2023.

Analisis teknikal Emas untuk 5 April 2023.

Analisis teknikal Emas untuk 5 April 2023.

Garis biru- saluran menaik

Garis merah- corak segi tiga (penembusan menaik)

Garis hitam- sisihan RSI menurun

Emas diniagakan di sekitar paras $2,020. Aliran jangka pendek adalah menaik apabila harga terus diniagakan dalam saluran biru menaik yang landai sejak Oktober 2022. Harga telah menembusi corak segi tiga dan memberikan isyarat kenaikkan harga yang baharu. Sasaran kami, seperti yang telah kami nyatakan dalam artikel terdahulu ialah sekitar paras $2,050-60. Setakat ini harga telah melantun ke paras tinggi $2,031. Walaupun harga baru lebih tinggi, RSI tidak mengikutinya. RSI telah memberikan sisihan menurun. Ini hanyalah amaran dan bukan isyarat untuk pembalikan harga. Sokongan ditemui di dasar corak segi tiga sekitar $1,981. Pengukuhan harga di atas paras ini adalah kunci untuk arah aliran jangka pendek. Saya percaya bahawa emas kini berada di peringkat akhir pergerakan menaik yang telah bermula pada Oktober 2022. Potensi menaik adalah ke arah paras $2,050-60. Potensi penurunan untuk penarikan semula adalah ke arah paras $1.880.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan