logo

FX.co ★ Pelan dagangan untuk indeks dolar AS pada 16 Mac 2023

Pelan dagangan untuk indeks dolar AS pada 16 Mac 2023

Pelan dagangan untuk indeks dolar AS pada 16 Mac 2023

Tinjauan teknikal:

Indeks dolar AS susut ke para 104.50 semasa sesi dagangan New York pada hari Rabu seperti yang dibincangkan sebelum ini. Indeks ini berpotensi untuk diniagakan di sekitar paras 104.10 sewaktu penulisan artikel ini kerana penurunan harga kekal cenderung untuk kembali mengawal urusniaga harian. Sokongan interim kini berada pada tahap 103.00 dan struktur kenaikan harga akan kekal utuh sehingga ia bertahan dengan baik.

Indeks dolar AS kini sedang mengusahakan kenaikan yang lebih besar antara 100.50 dan 105.50 seperti yang dilihat pada carta 4 Jam di sini. Penurunan harga telah berjaya menolak harga lebih rendah ke arah 103.00, yang merupakan anjakan Fibonacci 0.50 daripada rali menaik. Sila ambil perhatian bahawa potensi kekal untuk penolakan lebih rendah ke arah 102.50 jika Up Gartley berlaku.

Dalam kes ini, harga akan menguji anjakan Fibonacci 0.618 sekitar 102.50 sebelum meneruskan ralinya ke arah 106.50 dan 109.00. Juga, sila ambil perhatian bahawa tahap 102.50 adalah merupakan anjakan Fibonacci 0.618 daripada rali menaik, oleh itu potensi kekal tinggi untuk kitaran kenaikkan jika harga berjaya sampai ke sana. Arah keseluruhan kekal lebih tinggi berbanding 100.50.

Idea dagangan:

Rali berpotensi ke arah tahap 106.00 dan 109.00

Semoga berjaya!

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan