logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 3 Mac 2023

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 3 Mac 2023

Gambaran Teknikal Pasaran:

Pasangan mata wang EUR/USD telah ditolak daripada Purata Bergerak (MA) 100 ekoran penembusan harga tidak berterusan dan pada masa ini harga didagangkan di bawah kedua-dua Purata Bergerak: 50 dan 100 (1.0667 - 1.0623) pada carta 4 Jam. Tahap tinggi tempatan semasa lantunan harga dibuat pada tahap 1.0705, oleh yang demikian, ini adalah rintangan teknikal jangka pendek utama untuk penurunan dan rintangan teknikal urusniaga masih terletak pada tahap 1.0692. Momentum bertukar kepada positif, tetapi setakat ini kenaikan tidak cukup kuat untuk meneruskan penembusan harga. Sebaliknya, sasaran seterusnya untuk penurunan harga adalah sokongan teknikal yang terletak pada 1.0483 (sokongan teknikal jangka pendek utama untuk kenaikan harga). Sokongan teknikal urusniaga harian dilihat berada pada tahap 1.0556.

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 3 Mac 2023

Titik Pivot (PP) Mingguan:

WR3 - 1.06030

WR2 - 1.05759

WR1 - 1.05651

Pivot Mingguan - 1.05488

WS1 - 1.05380

WS2 - 1.05217

WS3 - 1.04946

Tinjauan Dagangan:

Sejak awal Oktober 2022, pasangan mata wang EUR/USD telah berada dalam kitaran pembetulan trend menaik, tetapi arah aliran utama jangka panjang kekal menurun. Kitaran pembetulan ini mungkin telah ditamatkan pada tahap 1.1033 iaitu tahap anjakan Fibonacci 50%. EUR telah membuat corak tahap rendah beberapa dekad baharu pada tahap 0.9538, oleh yang demikian, selagi USD dibeli di seluruh pasaran, maka arah aliran menurun akan dilanjutkan menuju ke arah tahap rendah baharu.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan