logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 1 Mac 2023

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 1 Mac 2023

Gambaran Teknikal Pasaran:

Pasangan mata wang GBP/USD telah ditolak daripada tahap anjakan semula Fibonacci 61% pada gelombang penurunna terakhir dan tidak menembusi di atas tahap rintangan teknikal tempatan yang terletak pada 1.2146. Selagi harga berdagang dalam julat yang terletak di antara tahap 1.2146 - 1.1922, pasaran kekal di bawah kawalan penurunan harga. Tahap 1.2193 dan 1.2272 kini akan bertindak sebagai rintangan teknikal juga, oleh yang demikian, penembusan harga di atas tahap ini diperlukan untuk rali yang lebih tinggi. Momentum adalah positif pada carta 4 Jam, tetapi masih belum begitu kuat kerana kenaikan harga sedang cuba untuk mendapatkan semula kawalan. Tahap 1.1914 kekal sebagai sokongan teknikal jangka pendek utama. Sila ambil perhatian tentang 'bearish cross' 50 MA dan 100 MA pada carta 4 Jam juga.

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 1 Mac 2023

Titik Pivot (PP) Mingguan :

WR3 - 1.20526

WR2 - 1.20024

WR1 - 1.19825

Pivot Mingguan - 1.19522

WS1 - 1.19323

WS2 - 1.19020

WS3 - 1.18518

Tinjauan Dagangan:

Setakat ini tahap 1.2443 adalah rintangan yang terlalu kuat untuk ditembusi, oleh itu, corak harga 'Double Top' yang berpotensi masih berlangsung. Selain itu, tahap 1.2297 yang merupakan Anjakan Fibonacci 50% bagi gelombang besar penurunan akhir telah dicapai, jadi trend meneruskan aliran menurun. Arah aliran menurun telah disahkan dengan penembusan harga pada tahap 1.2089 (50 WMA), oleh yang demikian,sasaran menurun yang potensi kini dilihat terletak pada tahap 1.1840 atau di bawah.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan