Gambaran Teknikal Pasaran:
Pasangan mata wang GBP/USD telah membuat corak tahap rendah tempatan pada 1.1914 dan terus diniagakan lebih rendah. MA 50 dan 100 berada di atas harga semasa, oleh yang demikian, pasaran berada di bawah kawalan penurunan harga. Tahap 1.2193 dan 1.2272 kini akan bertindak sebagai rintangan teknikal juga, oleh yang demikian, penembusan harga di atas tahap ini diperlukan untuk rali yang lebih tinggi. Rintangan teknikal urusniaga harian dilihat terletak pada tahap 1.2068. Momentum adalah lemah dan negatif, mensasarkan ke arah bawah. Penurunan harga telah berjaya menembusi di bawah sokongan garis arah aliran, oleh yang demikian, penjualan kini mungkin akan berlanjutan ke arah tahap 1.1937 dan 1.1840. Sila beri perhatian terhadap 'bearish cross' 50 MA dan 100 MA pada carta 4 Jam juga.
Titik Pivot (PP) Mingguan:
WR3 - 1.21250
WR2 - 1.20826
WR1 - 1.20665
Pivot Mingguan - 1.20402
WS1 - 1.20241
WS2 - 1.19978
WS3 - 1.19554
Tinjauan Dagangan:
Setakat ini, tahap 1.2443 adalah merupakan rintangan yang terlalu kuat untuk ditembusi, oleh yang demikian, masin terdapat kebarangkalian untuk corak harga 'Double Top'. Selain itu, tahap 1.2297 iaitu tahap anjakan Fibonacci 50% bagi gelombang penurunan besar terakhir telah dicapai, jadi penurunan harga berkemungkinan akan meneruskan aliran menurun. Pengesahan corak datang dengan tahap penembusan 1.2089 (50 WMA) dengan sasaran berpotensi terletak pada tahap 1.1840 atau di bawahnya.