logo

FX.co ★ Isyarat Dagangan untuk Emas (XAU/USD) untuk 1-2 Februari 2023: buka pesanan membeli sekiranya harga melantun semula pada tahap $1,920 (21 SMA - sokongan kukuh)

Isyarat Dagangan untuk Emas (XAU/USD) untuk 1-2 Februari 2023: buka pesanan membeli sekiranya harga melantun semula pada tahap $1,920 (21 SMA - sokongan kukuh)

Isyarat Dagangan untuk Emas (XAU/USD) untuk 1-2 Februari 2023: buka pesanan membeli sekiranya harga melantun semula pada tahap $1,920 (21 SMA - sokongan kukuh)

Pada awal sesi dagangan Eropah, pasangan XAU/USD diniagakan sekitar tahap 1,926.83, mengekalkan nada positif mengikut carta 4 Jam.

Semalam, emas melantun semula dalam keyakinan apabila mencapai tahap psikologi sekitar $1,900. Tahap ini adalah bertepatan dengan SMA 21 pada carta harian. Selagi harga diniagakan di atas SMA 21 dalam carta harian, terdapat kebarangkalian yang kuat bahawa ia akan terus meningkat dan harga boleh mencapai kawasan 1,960 menuju ke arah $2,000.

Purata hasil bon Perbendaharaan AS jatuh daripada tahap tinggi baru-baru ini, sekaligus memberikan kelebihan kepada emas. Jika aliran menurun ini berterusan dalam beberapa jam akan datang, emas boleh mencapai tahap 1,950 dan sehingga rintangan mingguan 1,966.

Semasa sesi dagangan Amerika, bank pusat AS akan menerbitkan keputusan kadar faedah. Dijangkakan terdapat peningkatan sebanyak 0.25%, sekaligus mengurangkan kemungkinan kemelesetan yang serius.

Berdasarkan kepada carta 4 Jam, pasangan mata wang XAU/USD dijangka membuat lantunan teknikal yang kukuh di sekitar tahap sokongan 1,920. Kawasan ini boleh menawarkan peluang untuk kemasukan pesanan membeli dengan sasaran pada 7/8 Murray terletak pada 1,937. Selain itu, penembusan mendadak pada tahap ini boleh mempercepatkan pergerakan kenaikkan harga dan harga boleh mencapai 1,949 malah boleh pergi ke arah rintangan mingguan 1,965.

Sebaliknya, sekiranya berlaku penembusan mendadak di bawah sokongan utama 1,920 dan penyatuan harga di bawah tahap 1,915, terdapat kebarangkalian yang kuat bahawa emas boleh jatuh ke arah tahap psikologi $1,900 dan bahkan boleh mencecah 6/8 Murray pada 1,875.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan