logo

FX.co ★ Analisis dan tip dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 13 Mei, 2022

Analisis dan tip dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 13 Mei, 2022

Analisis urus niaga pasangan mata wang GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD telah menembusi mencapai tahap 1.2176 sekaligus menawarkan kemasukan isyarat menjual dalam pasaran, tetapi mempunyai garis MACD jauh dari sifar telah mengehadkan potensi penurunan pasangan mata wang ini. Ujian kedua, bagaimanapun, berjaya kerana garis MACD berada di kawasan terlebih jualan (oversold) dan isyarat pasaran adalah untuk membeli. Ini telah membawa kepada peningkatan lebih daripada 40-pips dalam pasangan mata wang GBP/USD. Pada sebelah petang, ujian harga pada tahap 1.2227 membawa kepada kerugian kerana garis MACD sekali lagi jauh dari sifar.

Analisis dan tip dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 13 Mei, 2022

Pound mencecah tahap rendah tahunan baharu selepas laporan menunjukkan bahawa ekonomi UK menguncup pada Mac lalu. Kemerosotan kos sara hidup isi rumah telah memaksa perbelanjaan berkurangan, menimbulkan keraguan terhadap keupayaan Bank of England untuk terus menaikkan kadar faedah.

Walau bagaimanapun, pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan menyaksikan pembetulan harga pada hari ini kerana tiada statistik UK dijadualkan akan diterbitkan. Laporan akan datang mengenai sentimen pengguna AS juga berkemungkinan memberi kesan buruk kepada dolar, walaupun ia boleh diselamatkan oleh kenyataan ahli FOMC Neel Kashkari dan Loretta Mester.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli pound setelah harga mencapai tahap 1.2239 (garis hijau pada carta) dan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.2297 (garis hijau lebih tebal pada carta). Terdapat peluang untuk kenaikan harga pada hari ini, terutamanya pada sebelah pagi. Tetapi sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula naik daripadanya. Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan membeli pada tahap 1.2208, tetapi garis MACD harus berada di kawasan yang terlebih jualan (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan ditarik semula ke tahap 1.2239 dan 1.2297.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual pound setelah harga mencapai tahap 1.2208 (garis merah pada carta) dan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.2165. Tekanan boleh kembali pada bila-bila masa, terutamanya jika data AS yang akan datang merekodkan bacaan yang melebihi jangkaan. Tetapi sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya. Pasangan mata wang ini juga boleh dijual pada tahap 1.2239, namun garis MACD harus berada di kawasan terlebih belian (overbought), kerana hanya dengan itu, pasaran akan ditarik semula ke tahap 1.2208 dan 1.2165.

Analisis dan tip dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 13 Mei, 2022

Apa yang terdapat pada carta:

Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.
Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan