logo

FX.co ★ Ramalan dagangan awal pasangan mata wang EUR/USD pada 6 Mei, 2022

Ramalan dagangan awal pasangan mata wang EUR/USD pada 6 Mei, 2022

Ramalan dagangan awal pasangan mata wang EUR/USD pada 6 Mei, 2022

Hari ini, laporan Gaji Bukan Perladangan Amerika Syarikat (AS) dijadualkan akan dikeluarkan. Pengangguran dijangka menurun kepada 3.5% daripada 3.6%. Selain itu, ekonomi berkemungkinan menambah 385,000 pekerjaan baharu.

Pasangan mata wang EUR/USD melantun semula daripada tahap 1.0636, yang sebelum ini merupakan ayunan rendah yang dicatatkan pada musim bunga 2020. Kini, ia bertindak sebagai tahap rintangan yang memberi kesan positif kepada volum pesanan menjual. Selepas lantunan, pasangan mata wang ini kembali diniagakan ke tahap sokongan 1.0500.

Indikator RSI terletak di bawah Moving Averages (MA) 30/50 pada carta 4 Jam dan Harian, D1. Ini bermakna peniaga sedang giat membuka pesanan menjual.

Indikator Alligator menunjukkan bahawa MA telah melengkapkan persimpangan dengan pergerakan menurun pada carta 4 Jam. Ia memberikan isyarat kemasukan pesanan menjual.

Tinjauan dagangan

Aliran menurun dilanjutkan. Jika harga ditetapkan di bawah tahap 1.0500 pada carta 4 Jam, mungkin terdapat peningkatan yang mendadak dalam volum pesanan menjual. Dalam kes ini, aliran menurun berkemungkinan besar akan dilanjutkan ke paras rendah pada tahun 2016.

Jika tidak, pasangan mata wang ini berkemungkinamn besar akan terperangkap di dalam julat 1.0500/1.0600, melambatkan permulaan aliran menurun.

Analisis indikator kompleks menghasilkan isyarat menjual pada carta jangka pendek, urusniaga harian dan jangka sederhana.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan