logo

FX.co ★ Tip mudah untuk pedagang baru. Gambaran dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 11 Mac

Tip mudah untuk pedagang baru. Gambaran dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 11 Mac

Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD

Semalam, pasangan mata wang ini menguji tahap 1.3152 beberapa kali. Dua ujian pertama tahap berlaku pada permulaan sesi dagangan Eropah, apabila indikator MACD berada jauh dari tahap sifar, dengan itu mengehadkan momentum menurun. Pada masa itu, pedagang tidak menerima sebarang isyarat untuk kemasukan pesanan menjual. Ujian ketiga tahap yang disebutkan berlaku apabila indikator MACD mula menurun. Walau bagaimanapun, isyarat penjualan ini membawa kepada kerugian. Hanya ujian terakhir memberikan pedagang peluang kemasukan penjualan yang baik. Pasangan mata wang ini telah kehilangan sebanyak 60 pip.

Tip mudah untuk pedagang baru. Gambaran dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 11 Mac

Data mengenai inflasi AS memenuhi ramalan dan memberi kesan negatif kepada pound British. Kadar inflasi AS untuk bulan Februari mencatatkan peningkatan kepada 7.8% pada asas tahunan. Indikator ini mungkin akan terus meningkat pada bulan Mac.

Awal hari ini, UK dijadualkan akan mengeluarkan banyak laporan makroekonomi, termasuk data mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk bulan Januari, laporan pengeluaran perindustrian dan pembuatan serta data tentang indeks perkhidmatan. Laporan itu mungkin mempengaruhi pergerakan masa hadapan pound sterling yang masih didagangkan menghampiri tahap rendah tahunannya. Laporan yang lemah berkemungkinan besar akan menyebabkan gelombang susut nilai baharu. Itulah sebabnya saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengikuti senario 1 dan menjual aset tersebut. Semasa sesi dagangan AS, data sentimen pengguna UoM dan laporan jangkaan inflasi UoM dijadualkan akan dikeluarkan. Penurunan dalam mana-mana indikator ini cenderung untuk memberikan tekanan ke atas dolar AS. Walau bagaimanapun, pedagang tidak akan mengelak daripada berdagang dolar AS di tengah-tengah situasi geopolitik semasa dan jangkaan kenaikan kadar faedah utama oleh Fed.

Isyarat untuk kemasukan pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD

Senario 1: Hari ini, adalah mungkin untuk membuka pesanan membeli pound sterling apabila harga mencecah tahap 1.3101 (garis hijau) dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.3144 (garis hijau yang lebih tebal). Pada tahap 1.3144, adalah lebih baik untuk menutup pesanan membeli dan kemudiannya membuka pesanan menjual, dengan menjangkakan penurunan sebanyak 1520 pip. Pada bahagian pertama hari itu, pound British mungkin mendapat nilai hanya hasil daripada data makroekonomi yang kukuh dari UK. Penembusan harga pada pada tahap 1.3101 mungkin memaksa spekulator untuk menutup pesanan menjual mereka, sekali gus membawa kepada lonjakan dalam pound sterling. Paling penting, sebelum anda membeli aset, sila pastikan indikator ACD berada di atas paras sifar dan mula meningkat daripadanya.

Senario 2: hari ini, adalah menguntungkan untuk membuka pesanan membeli pound British jika harga mencapai tahap 1.3066. Indikator MACD sepatutnya berada dalam kawasan terlebih jualan (oversold). Ini akan mengehadkan momentum menurun dan menyebabkan pembalikan harga. Pasangan mata wang ini cenderung untuk melonjak naik hingga ke tahap 1.3101 dan 1.3144.

Isyarat untuk kemasukan pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD

Senario 1: hari ini, pedagang berpeluang untuk membuka pesanan menjual pound sterling hanya selepas harga menguji tahap 1.3066 (garis merah). Ini akan membawa kepada penurunan mendadak pada pasangan mata wang GBP/USD. Sasaran utama terletak pada tahap 1.3017, di mana ia disyorkan untuk menutup pesanan menjual dan membuka pesanan membeli, dengan menjangkakan kenaikan sebanyak 15-20 pip. Tekanan ke atas pound sterling boleh pulih pada bila-bila masa. Ia sebahagian besarnya bergantung pada laporan makroekonomi UK. Di bawah keadaan semasa, adalah bijak untuk mengikuti senario 2. Paling penting, sebelum anda menjual aset, sila pastikan indikator MACD berada di bawah garis sifar dan mula turun daripadanya.

Senario 2: pedagang juga boleh menjual mata wang British apabila harga mencapai tahap 1.3101. Indikator MACD sepatutnya berada dalam zon terlebih belian (overbought), dengan itu ia akan mengehadkan potensi kenaikan pasangan mata wang dan menyebabkan pembalikan harga. Pasangan mata wang ini cenderung untuk menurun ke tahap 1.3066 dan 1.3017.

Tip mudah untuk pedagang baru. Gambaran dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 11 Mac

Apa yang terdapat pada carta:

Garis hijau nipis ialah tahap utama di mana anda boleh meletakkan kedudukan beli dalam pasangan mata wang GBP/USD.

Garis hijau tebal ialah harga sasaran, memandangkan sebut harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis merah nipis ialah tahap di mana anda boleh meletakkan kedudukan jual dalam pasangan mata wang GBP/USD.

Garis merah tebal ialah harga sasaran, memandangkan sebut harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - apabila memasuki pasaran, adalah penting untuk berpandukan zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru perlu berhati-hati apabila membuat keputusan tentang memasuki pasaran. Sebelum pengeluaran laporan penting, adalah lebih baik untuk keluar dari pasaran untuk mengelak daripada terperangkap dalam turun naik mendadak dalam kadar. Jika anda membuat keputusan untuk berdagang semasa siaran berita, maka sentiasa buat pesanan stop untuk meminimumkan kerugian. Tanpa meletakkan pesanan stop, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dengan cepat, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan berdagang dalam jumlah yang besar.

Dan diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan dagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi yang merrugikan untuk pedagang urusniaga harian.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan