logo

FX.co ★ Tip analisis dan dagangan untuk EUR/USD pada 10 Mac

Tip analisis dan dagangan untuk EUR/USD pada 10 Mac

Analisis urus niaga dalam pasangan EUR / USD

Isyarat untuk membeli muncul selepas EUR/USD mencecah 1.0945. Secara kebetulan, garis MACD berada di atas sifar, jadi pasangan tersebut meningkat sebanyak 40 pip. Perkara yang sama berlaku pada sebelah petang, sekitar 1.1005. Selepas berhenti seketika, pembeli terus menaikkan euro, membuatkan penjual kehilangan keuntungan. Tiada isyarat lain muncul sepanjang hari itu.

Tip analisis dan dagangan untuk EUR/USD pada 10 Mac

Seperti yang dijangkakan, data pekerjaan terkini di Perancis dan pengeluaran perindustrian di Itali tidak banyak berubah kepada pasaran. Juga tiada reaksi terhadap laporan pasaran buruh daripada AS kerana pedagang membeli euro menjelang mesyuarat ECB yang dijadualkan hari ini.

Memandangkan inflasi yang tinggi, ramai yang menjangkakan bank pusat akan mengambil pendirian yang lebih tegas terhadap langkah sokongan dan kadar faedah. Itu akan menjadi sangat menguntungkan untuk euro. Bagaimanapun, AS juga akan mengeluarkan data terkini mengenai inflasi, yang boleh mengembalikan permintaan kepada dolar dengan syarat angka itu lebih tinggi daripada jangkaan. Ramai pakar berkata Februari akan menjadi puncak inflasi pengguna di AS, tetapi selepas peristiwa baru-baru ini, terutamanya dalam pasaran tenaga, inflasi sebanyak 8.0% hanya boleh menjadi permulaan kepada apa yang AS akan hadapi dalam masa terdekat. Terdapat juga laporan mengenai tuntutan pengangguran AS, dan angkanya juga boleh mempengaruhi hala tuju EUR/USD hari ini.

Untuk kedudukan beli:

Beli euro apabila sebut harga mencapai 1.1070 (garisan hijau pada carta) dan ambil untung pada harga 1.1141 (garisan hijau lebih tebal pada carta). Pergerakan akan berlaku jika ECB mengambil pendekatan yang lebih agresif terhadap dasar monetari. Tetapi sebelum membeli, pastikan garis MACD berada di atas sifar atau mula mningkat daripadanya sebelum mengambil kedudukan beli. Ia juga mungkin untuk membeli pada 1.1036, tetapi garis MACD sepatutnya berada di kawasan terlebih jual kerana hanya dengan itu pasaran akan berbalik kepada 1.1070 dan 1.1141.

Untuk kedudukan juak:

Jual euro apabila sebut harga mencapai 1.1036 (garisan merah pada carta) dan ambil untung pada harga 1.0973. Tekanan akan kembali jika ECB mengumumkan dasar monetari yang lembut, dan jika AS mengeluarkan laporan inflasi yang kukuh. Tetapi sebelum menjual, pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak ke bawah daripadanya. Euro juga boleh dijual pada 1.1070, walau bagaimanapun, garis MACD sepatutnya berada dalam kawasan terlebih beli, kerana hanya dengan itu pasaran akan kembali kepada 1.1036 dan 1.0973.

Tip analisis dan dagangan untuk EUR/USD pada 10 Mac

Apa yang terdapat pada carta:

Garis hijau nipis ialah tahap utama di mana anda boleh meletakkan kedudukan beli dalam pasangan mata wang EUR/USD.

Garis hijau tebal ialah harga sasaran, memandangkan sebut harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis merah nipis ialah tahap di mana anda boleh meletakkan kedudukan jual dalam pasangan mata wang EUR/USD.

Garis merah tebal ialah harga sasaran, memandangkan sebut harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - apabila memasuki pasaran, adalah penting untuk berpandukan zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru perlu berhati-hati apabila membuat keputusan tentang memasuki pasaran. Sebelum pengeluaran laporan penting, adalah lebih baik untuk keluar dari pasaran untuk mengelak daripada terperangkap dalam turun naik mendadak dalam kadar. Jika anda membuat keputusan untuk berdagang semasa siaran berita, maka sentiasa buat pesanan stop untuk meminimumkan kerugian. Tanpa meletakkan pesanan stop, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dengan cepat, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan berdagang dalam jumlah yang besar.

Dan diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan dagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi yang merugikan untuk pedagang urusniaga harian.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan