logo

FX.co ★ Emas masih belum membuat keputusan selepas mesyuarat BOC

Emas masih belum membuat keputusan selepas mesyuarat BOC

Harga emas diniagakan kukuh dalam dagangan jangka pendek selepas ia gagal mengaktifkan penurunan harga yang lebih besar. XAU/USD terus bergerak mendatar kerana Indeks Dolar kelihatan tidak pasti. Ia diniagakan pada tahap 1,786 sewaktu penulisan artikel ini.

Mengejutkan atau tidak, logam kuning ini menyaksikan pertumbuhan ketara selepas mesyuarat BOC. Kadar Sasaran Semalaman dinaikkan daripada 3.75% kepada 4.25%, selari dengan jangkaan. Seperti yang anda sedia maklum, RBA meningkatkan Kadar Tunai daripada 2.85% kepada 3.10% seperti yang dijangkakan semalam juga. Pada Jumaat, laporan PPI dan Teras PPI dari Amerika Syarikat (AS) cenderung untuk mempengaruhi pergerakana emas.

Saluran Menaik XAU/USD!

Emas masih belum membuat keputusan selepas mesyuarat BOC

XAU/USD menguji dan menguji semula garis bawah saluran yang menandakan penjual telah kehilangan momentum dan tekanan menaik. Kini, harga dilihat mencabar garis menaik dan rintangan statik pada tahap 1,786.

Tahap tinggi harian 1,787 juga mewakili halangan menaik. Penembusan harga palsu melalui tahap rintangan segera, penolakan berkemungkinan akan mengumumkan penjualan baru.

Ramalan dagangan untuk XAU/USD!

Corak Higher high (HH) baru, penembusan harga yang sah melalui tahao 1,787 akan mengaktifkan pertumbuhan selanjutnya dan menawarkan kemasukan pesanan membeli baharu. Corak Higher high (HH) 1,810 ldilihat sebagai sasaran yang berpotensi jika kadar itu terus meningkat.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan