logo

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/USD untuk 29 November 2022

Analisis Teknikal GBP/USD untuk 29 November 2022

Gambaran Teknikal Pasaran:

Pasangan mata wang GBP/USD telah membentuk satu lagi corak Higher High (HH) pada carta 4 Jam yang terletak pada tahap 1.2154. Pada masa ini, pasaran sedang membuat gelombang v kitaran keseluruhan dan sasaran untuk gelombang ini terletak pada tahap 1.2248, oleh yang demikian, terdapat kurang daripada 100 pip lagi. Anjakan Fibonacci 50% dari keseluruhan gelombang besar penurunan dilihat terletak pada tahap 1.2293, oleh yang demikian, pergerakan menaik mungkin akan berlanjutan ke arah tahap ini juga. Sokongan teknikal urusniaga harian utama dilihat pada 1.2024 dan tahap ini telah pun ditembusi apabila penarikan semula harga dari tahap tinggi berlanjutan ke arah sokongan teknikal yang dilihat pada 1.2000 dan 1.1916.

Analisis Teknikal GBP/USD untuk 29 November 2022

Titik Pivot (PP) Mingguan:

WR3 - 1.21733

WR2 - 1.21168

WR1 - 1.20955

Pivot Mingguan - 1.20603

WS1 - 1.20390

WS2 - 1.20038

WS3 - 1.19473

Tinjauan Dagangan:

Kenaikan harga adalah bersifat sementara dalam kawalan pasaran dan Anjakan semula Fibonacci 50% daripada gelombang besar penurunna terakhir yang terletak pada 1.2293 mungkin diuji tidak lama lagi. Sebaliknya, tahap 1.0351 belum diuji sejak 1985, oleh yang demikian, trend menurun adalah kukuh. Untuk menamatkan aliran menurun, kenaikkan harga perlu menutup graf lilin mingguan di atas tahap 1.2275 (ayunan tinggi dari 10 Ogos).

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan