logo

FX.co ★ GBP/USD: Pelan dagangan untuk sesi Eropah pada 10 Februari. Gambaran dagangan sebelah pagi. GBP diniagakan lebih rendah selepas mencapai tahap sasaran

GBP/USD: Pelan dagangan untuk sesi Eropah pada 10 Februari. Gambaran dagangan sebelah pagi. GBP diniagakan lebih rendah selepas mencapai tahap sasaran

Untuk membuka pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:

Semalam, terdapat banyak isyarat untuk memasuki pasaran. Mari kita lihat carta 5 minit dan cuba fikirkan apa yang sebenarnya berlaku. Dalam artikel tengah hari saya, saya menyerlahkan tahap 1.3542 dan mengesyorkan untuk membuat keputusan dagangan dengan fokus tahap ini. Saya menyebut bahawa kekurangan statistik fundamental akan menjadi positif untuk pound sterling. Trend penurunan gagal untuk menolak pasangan mata wang ini berdagang di bawah 1.3542. Ia mewujudkan titik kemasukan ke pesananmembeli sebagai sebahagian daripada pergerakan menaik yang bermula semalam. Mata wang British menambah sebanyak 45 pip selepas penembusan dan penyatuan harga di atas 1.3577. Ujian menaik pada tahap ini membawa kepada pembentukan titik kemasukan pesanan membeli. Walau bagaimanapun, pada separuh kedua hari itu, indikator teknikal telah berubah. Oleh itu, adalah perlu untuk memberi tumpuan kepada tahap baru. Selepas percubaan yang tidak berjaya untuk menembusi tahap 1.3586 pada sebelah petang, penurunan kekuatan menegaskan. Terdapat titik kemasukan untuk membuka pesanan menjual. Akibatnya, pasangan mata wang ini turun lebih daripada 40 pip, menutup hari dagangan di bawah tahap pembukaan.

GBP/USD: Pelan dagangan untuk sesi Eropah pada 10 Februari. Gambaran dagangan sebelah pagi. GBP diniagakan lebih rendah selepas mencapai tahap sasaran

Aliran menurun mengambil alih kedudukan pada separuh kedua hari semalam. Saya menganggap bahawa trajektori selanjutnya untuk pasangan mata wang ini sebahagian besarnya akan bergantung kepada data inflasi AS. Kalendar ekonomi untuk UK akan kekal lancar pada separuh pertama hari itu. Oleh yang demikian, pasangan mata wang ini berkemungkinan akan kembali diniagakan ke tahap 1.3550 di mana Moving Average (MA) terletak di wilayah negatif. Aliran menaik dan menurun akan cuba untuk mendapatkan semula kawalan ke atas tahap ini kerana ia menentukan masa hadapan untuk pasangan mata wang ini. Sudah tentu, tugas yang sama penting untuk hari ini adalah untuk melindungi tahap sokongan 1.3510. Jika kenaikan harga menolak pasangan mata wang ke tahap ini, ia akan meneruskan pergerakan menaik seperti yang berlaku minggu lepas. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk harga membentuk penembusan palsu di sana. Ini akan menawarkan titik kemasukan awal untuk pesanan membeli. Selain itu, pasangan mata wang ini perlu menembusi dan melakukan ujian menaik pada tahap 1.3550. Ia akan memberikan isyarat pesanan membeli tambahan kerana harga mungkin meningkat kepada 1.3586 dan paras tinggi Februari 1.3623 dan 1.3683. Saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengunci keuntungan pada tahap ini. Ia akan bertindak sebagai tahap sasaran yang setersunya. Harga mungkin mencecah paras ini hanya sekiranya data inflasi AS merekodkan bacaan lemah, yang akan diketahui pada sebelah petang. Sekiranya berlaku penurunan harga pada pasangan mata wang GBP/USD semasa sesi dagangan Eropah dan kekurangan aktiviti pada 1.3510, maka adalah lebih baik untuk tidak tergesa-gesa untuk membeli aset berisiko. Saya akan menasihati anda untuk menunggu ujian harga pada tahap utama seterusnya pada 1.3478. Hanya pembentukan penembusan harga palsu di sana akan menawarkan titik kemasukan untuk pesanan membeli. Anda boleh membeli pound sterling serta-merta pada penurunan harga daripada tahap 1.3445 atau lebih rendah pada 1.3407, dengan mengandaikan pembetulan urusniaga harian sebanyak 20-25 pip.

Untuk membuka pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:

Trend penurunan harga berjaya masuk campur. Walau bagaimanapun, kini, hanya data inflasi AS dan kenyataan dari Gabenor Bank of England, Andrew Bailey, akan menentukan trajektori masa hadapan untuk pasangan mata wang GBP/USD. Tidak ada sebab objektif lain untuk penjualan mata wang British lagi. Hari ini, kenaikan harga perlu mempertahankan tahap 1.3550. Jika harga gagal bertahan di atas tahap ini, titik kemasukan pertama untuk pesanan menjual akan muncul. Pedagang akan bertaruh pada pembetulan menurun ke sempadan bawah saluran mendatar 1.3510 yang telah dibentuk semalam. Penembusan dan ujian harga pada tahap 1.3510 pada separuh pertama hari ini tidak mungkin membawa kepada kejatuhan yang ketara dalam pound sterling. Namun, jika ia berlaku, ia akan memberikan titik kemasukan tambahan untuk pesanan menjual dengan tahap sasaran 1.3478 dan 1.3445. Saya mengesyorkan pedagang untuk mengunci keuntungan pada tahap ini. Jika pasangan mata wang ini diniagakan kukuh semasa sesi dagangan Eropah dan penrununan harga tidak menunjukkan momentum pada 1.3555, maka adalah lebih baik untuk membatalkan pesanan menjual sehingga tahap rintangan utama seterusnya pada 1.3586 dicapai. Saya juga mengesyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan menjual di sana hanya selepas penembusan harga palsu. Terdaoat kemungkinan untuk menjual pasangan mata wang GBP/USD serta-merta pada lantunan harga daripada tahap tinggi 1.3623 atau lebih tinggi pada 1.3683, dengan mengandaikan pembetulan urusniaga harian sebanyak 20-25 pip.

.GBP/USD: Pelan dagangan untuk sesi Eropah pada 10 Februari. Gambaran dagangan sebelah pagi. GBP diniagakan lebih rendah selepas mencapai tahap sasaran

Laporan COT

Laporan COT (Komitmen Pedagang) dari 1 Februari menunjukkan peningkatan mendadak dalam pesanana menjual dan penurunan dalam pesanan membeli. Ini membolehkan pengecutan sederhana delta positif. Walau bagaimanapun, kita harus memahami bahawa data tidak mengambil kira mesyuarat dasar BoE di mana pengawal selia menaikkan kadar utama. Namun begitu, ia tidak membantu pound untuk membangunkan rali. Pedagang sedia maklum bahawa pengawal selia mengambil pendirian yang lebih tegas terhadap dasar monetari untuk membendung kenaikan inflasi. Memandangkan ekonomi UK sedang melalui masa yang sukar dan pada bila-bila masa kadar pertumbuhan ekonomi mungkin perlahan, mata wang British tidak meningkat dengan ketara berikutan kenaikan kadar faedah. Selain itu, Fed juga dijangka menaikkan kadar penanda aras pada Mac tahun ini, yang akan menurun untuk pasangan mata wang GBP/USD. Sesetengah penganalisis percaya bahawa bank pusat mungkin menggunakan pendirian yang lebih agresif dan menaikkan kadar utama sebanyak 0.5% sekaligus, bukannya sebanyak 0.25%. Dolar AS pasti akan mengambil kesempatan daripadanya. Laporan COT dari 1 Februari mendedahkan bahawa bilangan pesanan membeli bukan komersil menurun kepada 29,597 daripada 36,666, manakala bilangan pesanan menjual bukan komersial meningkat kepada 53,202 daripada 44,429. Ini membawa kepada peningkatan yang lebih besar dalam pesanan bersih bukan komersial negatif kepada -23,605 daripada -7,763. Harga penutupan mingguan turun kepada 1.3444 daripada 1.3488.

GBP/USD: Pelan dagangan untuk sesi Eropah pada 10 Februari. Gambaran dagangan sebelah pagi. GBP diniagakan lebih rendah selepas mencapai tahap sasaran

Isyarat indikator teknikal

Moving averages

Pasangan mata wang GBP/USD kini diniagakan sekitar Moving Average (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan ketidaktentuan pasaran menjelang pengumuman laporan ekonomi penting.

Nota: Tempoh dan harga pada Moving Average dipertimbangkan oleh pengarang pada carta masa 1 Jam (H1) dan berbeza dengan definisi umum bagi classic daily moving averages pada carta Harian (D1).

Bollinger Bands

Penembusan harga pada atas sempadan sekitar tahap 1.3575 akan mencetuskan gelombang kenaikan harga baharu untuk GBP. Sebagai alternatif, penembusan harga pada bawah sempadan berhampiran tahap 1.3510 akan meningkatkan tekanan ke atas pasangan mata wang GBP/USD.

Huraian indikator teknikal:

  • Moving average (moving average, menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Grafik ditandakan dengan warna kuning.
  • Moving average (Moving averge menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise).Tempoh 30.Grafik ditandakan dengan warna hijau
  • Indikator MACD (Moving average Penumpuan/Penolakan - Moving average Penumpuan/Penolakan).Tempoh Cepat EMA 12. Tempoh Perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9
  • Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20
  • Pedagang bukan keuntungan adalah spekulator, seperti peniaga individu, dana lindung nilai dan institusi besar yang menggunakan pasaran niaga hadapan untuk tujuan spekulasi dan memenuhi syarat tertentu
  • Pesanan membeli bukan keuntungan mewakili pesanan membeli terbuka pedagang bukan keuntungan
  • Pesanan menjual bukan keuntungan mewakili pesanan menjual terbuka pedagang bukan keuntungan
  • Keseluruhan pesanan bersih bukan komersial adalah perbezaan antara pesanan menjual dan membeli pedagang bukan komersial.
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan