Gambaran Teknikal Pasaran:
Pasangan mata wang GBP/USD telah melantun daripada keadaan pasaran yang sangat terlebih jualan (oversold) dan bergerak semula ke dalam saluran carta 4 Jam. Selain itu, pasaran sekali lagi didagangkan di atas sokongan teknikal jangka panjang dan jangka pendek utama yang terletak pada 1.1410 selepas tahap tinggi tempatan dibentuk pada 1.1540. Sasaran seterusnya untuk kenaikan harga dilihat terletak pada tahap 1.1622 dan 1.1646 (ayunan tinggi dan tahap tinggi sementara gelombang C). Momentum yang kukuh dan positif menyokong prospek kenaikan harga jangka pendek untuk GBP.
Titik Pivot (PP) Mingguan:
WR3 - 1.14110
WR2 - 1.13668
WR1 - 1.13400
Pivot Mingguan - 1.13226
WS1 - 1.12958
WS2 - 1.12784
WS3 - 1.12342
Cadangan Dagangan:
Walaupun pembetulan ABC menaik baru-baru ini telah diperhatikan ke arah tahap 1.1625, corak graf lilin Bearish Engulfing telah dibentuk di bahagian atas lantunan dan trend menurun masih kekal mendominasi pasaran. Sasaran jangka panjang seterusnya untuk aliran menurun ialah tahap pariti. Tahap 1.0351 belum diuji sejak 1985, oleh yang demikian, arah aliran menurun adalah kukuh, walau bagaimanapun, pasaran sudah terlebih jualan (oversold) pada carta yang lebih besar. Untuk menamatkan aliran menurun, kenaikkan harga perlu menembusi di atas tahap 1.2275 (ayunan tinggi dari 10 Ogos).