logo

FX.co ★ Pasaran saham AS dalam fasa pembetulan

Pasaran saham AS dalam fasa pembetulan

Pasaran saham AS dalam fasa pembetulan

S&P500

Pasaran Amerika Syarikat (AS) sedang mengalami pembetulan.

Indeks utama AS meningkat pada hari Jumaat, tetapi pasaran terus mengalami pembetulan. Pada hari Jumaat, Purata Perindustrian Dow Jones merosot sebanyak 0.6%, sementara Komposit NASDAQ menambah 0.6%, dan S&P 500 meningkat sebanyak 0.1%.

Pasaran Asia juga menunjukkan pertumbuhan pada pagi Isnin: indeks Jepun meningkat 0.7%, indeks China menambah 0.9%.

Pasaran tenaga. Minyak naik lebih tinggi pada hari Jumaat. Minyak mentah Brent meningkat sebanyak 2 dolar kepada $86.40 setong. Kini minyak diniagakan hampir pada paras tinggi 2021, yang bertepatan dengan paras tinggi pada 2018.

Statistik ekonomi China ternyata memberangsangkan. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China meningkat sebanyak 4.0% pada suku keempat berbanding tahun sebelumnya, lebih baik berbanding ramalan yang mengunjurkan pertumbuhan sebanyak 3.8%. Pengeluaran perindustrian meningkat sebanyak 4.3% pada Disember berbanding setahun yang lalu. Kadar pengangguran di China mencatatkan bacaan pada 5.1%.

S&P 500: 4,662. Julat dagangan: 4,640 - 4,670.

Laporan pada Jumaat lalu menunjukkan bahawa jualan runcit AS turun sebanyak 1.9% pada bulan Disember. Tidak termasuk kereta, penjualan runcit merosot sebanyak 2.3%. Nampaknya, kenaikan harga dalam beberapa bulan kebelakangan ini telah memberi kesan negatif terhadap aktiviti pembelian. Selain itu, Universiti Michigan berkata indeks sentimen pengguna awalnya jatuh kepada 68.8 daripada 70.6.

Kalendar makroekonomi minggu ini tidak mempunyai sebarang keluaran penting dari Amerika Syarikat. Data mengenai perumahan bermula pada bulan Disember dan jualan rumah siap masing-masing dijadualkan akan diterbitkan pada hari Rabu dan Khamis.

Situasi epidemiologi di dunia kekal mencabar, walaupun jumlah kes Coronavirus baharu menurun semalam. Kes global berjumlah 1.94 juta, sedikit di bawah paras 2 juta. AS melaporkan 288,000 jangkitan baharu, Perancis - 278,000, dan India - 258,000. Terutamanya, penyebaran global bagi varian Omicron yang semakin perlahan. Kadar kematian tidak melebihi paras pra-Omicron. Di Britain, di mana wabak Omicron bermula lebih awal daripada di negara maju lain, bilangan kes menurun sebanyak 3 kali ganda daripada paras puncak yang dicatatkan pada 4 Januari kepada 70,000. Kadar kematian adalah rendah, kira-kira 0.1% daripada semua kes yang didaftarkan. Di Rusia, varian Omicron baru mula merebak. Semalam, negara itu melaporkan 29,000 kes baharu, dengan pertumbuhan kukuh di Moscow dan St. Petersburg.

Pasaran AS sedang mengalami pembetulan. Indeks S&P 500 ditutup di bawah Moving Averages (MA) 50 hari pada hari Jumaat. Gelombang baru penjualan pembetulan adalah dijangkakan.

Bank AS terbesar, JPMorgan melaporkan penurunan sebanyak 14% dalam keuntungan suku keempat kepada $10 bilion. Bagaimanapun, indikator itu ternyata jauh melebihi ramalan penganalisis. Hasil kekal hampir tidak berubah pada $30 bilion. Penganalisis percaya bahawa bank akan menjadi salah satu daripada beberapa sektor yang mendapat manfaat daripada kenaikan kadar faedah Fed.

USDX: 95.20. Julat dagangan: 94.90 - 95.50. Indeks dolar AS menunjukkan lantunan kukuh pertama daripada penurunannya yang dimulakan pada 11 Januari. Buat masa ini, dolar AS didagangkan menurun. Ini boleh dikaitkan dengan retorik lembut Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell mengenai isu kenaikan kadar di tengah-tengah inflasi yang dilaporakan pada 7%, paras tertinggi dalam tempoh 40 tahun.

USD/CAD: 1.2540. Julat dagangan: 1.2500 - 1.2580. Pasangan mata wang ini didagangkan di bawah tekanan ekoran kenaikan harga minyak yang lebih tinggi. Oleh itu, sebut harga mungkin akan terus kehilangan kedudukan.

Kesimpulan: Keadaan pasaran sebahagian besarnya adalah stabil. Pasaran saham AS sedang mengalami pembetulan. Penurunan baru diramalkan. Varian Omicron Coronavirus di AS dan Eropah merebak pada kadar yang lebih perlahan, dengan kes kematian pada kadar yang rendah.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan