Gambaran teknikal:
Pasangan mata wang EURUSD diniagakan kukuh melalui tahap tinggi urusniaga harian 0.9975 pada Selasa sebelum ia ditarik semula lebih rendah. Harga diniagakan dalam julat yang sangat ketat sekitar 0.9950-60 untuk beberapa jam terakhir. Instrumen ini dilihat sedang berusaha untuk menembusi tahap 1.0200 sebelum menyerah kepada aliran menurun. Penembusan harga di atas tahap 1.0000 akan mendorong kepada kenaikan mendadak ke arah siri tahap rintangan 1.0200 dan 1.0350 dalam tempoh terdekat.
Pasangan mata wang EURUSD sedang membangunkan bahagian menaik terakhirnya sekurang-kurangnya ke arah tahap 1.0200 dengan kebarangkalian hingga ke tahap 1.0600 seperti yang diunjurkan pada carta harian. Ia kemudiannya akan menamatkan kenaikan aliran balas pada tahap yang lebih tinggi, yang telah bermula dari 0.9535 lebih awal. Juga, ambil perhatian bahawa 1.0600 adalah merupakan Anjakan semula Fibonacci 0.618 daripada keseluruhan penurunan antara 1.2350 dan 0.9935 seperti yang dilihat di sini. Oleh itu, terdapat kebarangkalian tinggi untuk pergerakan harga yang lebih rendah dari sana.
Pasangan mata wang EURUSD ini disokong dengan baik pada tahap 0.9812, diikuti oleh tahap 0.9710 dan 0.9630, manakala rintangan berada di sekitar tahap 1.0200, diikuti oleh 1.0350. Penembusan harga di atas tahap 1.0200 akan membuka jalan untuk pasangan mata wang ini menguji 1.0350 dan tahap yang lebih tinggi. Hanya pembalikan harga dari tahap semasa dan penembusan harga di bawah tahap 0.9710 akan menafikan struktur kenaikan harga di atas.
Idea dagangan:
Potensi rali melalui tahap 1.0200 dan 1.0350 berbanding 0.9535
Semoga berjaya!