logo

FX.co ★ Analisis teknikal pasangan mata wang EUR/USD untuk 25 Oktober 2022

Analisis teknikal pasangan mata wang EUR/USD untuk 25 Oktober 2022

Analisis teknikal pasangan mata wang EUR/USD untuk 25 Oktober 2022

Gambaran Keseluruhan :

Pariti Euro masih berlangsung menjelang pengumuman laporan inflasi Ameruka Syarikat (AS), sebagaimana mata wang biasa itu berada pada tahap 0.9965 ($1.0000) minggu ini. Pada masa ini, pasangan mata wang EUR/USD dilihat masih bergerak di sekitar tahap 0.9965 - 1.0000. Pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan di bawah tahap rintangan 1.0000, 1.0050 dan 1.0100.

Kadar euro kepada dolar AS (EUR/USD) telah jatuh kira-kira 1.25% tahun setakat ini untuk diniagakan sekitar tahap 0.9965. Penurunan ini adalah setanding dengan kerugian kali terakhir yang direkodkan selama tujuh tahun, apabila Bank Pusat Eropah melancarkan program rangsangan besarnya.

Pasangan mata wang EUR/USD melanjutkan pertumbuhan harga daripada tahap 0.9860, yang mewakili 'double bottom' pada carta 1 Jam.

Semalam, pasangan mata wang ini meningkat daripada tahap 0.9860 menuju ke tahap rendah sekitar 0.9965. Hari ini, tahap rintangan pertama dilihat terletak pada 1.0000, dan diikuti oleh tahap 1.0050, manakala sokongan harian dilihat terletak pada tahap 0.9919 dan 0.9860.

Menurut peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang EUR/USD masih diniagakan di antara tahap 0.9919 dan 1 USD. Oleh itu, kami menjangkakan julat 81pip dalam beberapa jam akan datang (1.0000 - 0.9919).

Rintangan pertama terletak pada tahap 1 USD, oleh itu, jika pasangan mata ang EUR/USD gagal menembusi tahap rintangan 1.0000, pasaran akan meneruskan kenaikan harga hingga ke tahap 1.0050.

Ini akan mencadangkan pasaran menurun kerana indikator RSI masih dalam kawasan negatif dan tidak menunjukkan sebarang tanda pembalikan arah aliran. Pasangan mata wang ini dijangka meningkat lebih tinggi sekurang-kurangnya ke arah tahap 1.0050 untuk menguji rintangan kedua (1.0050).

Dolar AS dan Euro adalah dua mata wang yang paling ketara dan popular di dunia. Pasangan mata wang Euro berbanding Dolar AS (EUR/USD) mempunyai volum dagangan global terbesar, bermakna ia adalah pasangan mata wang paling banyak didagangkan di dunia.

Sama ada anda mendapati instrumen itu mudah atau sukar untuk didagangkan, ia bukanlah pasangan yang diabaikan oleh ramai pedagang, disebabkan oleh volatiliti harian dan pergerakan harganya. Oleh itu, pasaran menunjukkan peluang kenaikan harga di atas paras sokongan yang dinyatakan di atas, untuk itu tinjauan kenaikan harga kekal sama selagi EMA 100 menuju ke arah atas.

Hari ini, rintangan dilihat berada pada tahap 1.0000, 1.0050 dan 1.0100. Oleh yang demikian, kami menjangkakan harga akan ditetapkan di atas sokongan kukuh pada tahap 1.0000, 1.0050 dan 1.0100; kerana harga berada dalam saluran kenaikan harga sekarang.

RSI mula menandakan arah aliran menaik. Akibatnya, pasaran berkemungkinan akan menunjukkan tanda-tanda arah aliran menaik. Oleh itu, adalah disyorkan untuk membuka pesanan membeli di atas tahap 0.9919 dengan sasaran pertama diletakkan pada 1 USD dan seterusnya ke tahap 1.0050 untuk menguji rintangan harian.

Jika pasangan mata wang GBP/USD berjaya menembusi rintangan harian pada 1.0050, pasaran akan meningkat lagi ke tahap 1.0100 untuk menghampiri rintangan 3 dalam tempoh beberapa jam atau hari akan datang.

Walau bagaimanapun, tahap 1 USD dan 1.0050 kekal sebagai zon rintangan yang ketara. Oleh itu, arah aliran masih menaik selagi tahap 0.9860 tidak ditembusi.


*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan