logo

FX.co ★ Tinjauan dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 27 Disember 2021

Tinjauan dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 27 Disember 2021

Salam sejahtera para pedagang yang dihormati!

Pasangan mata wang pound/dolar AS mengakhiri dagangan minggu lalu dengan kenaikan yang menyakinkan. Laporan makroekonomi dari Amerika Syarikat (AS) dan UK ternyata bercampur-campur. Itulah sebabnya mereka mempunyai pengaruh yang tidak ketara terhadap pergerakan pasangan mata wang. Terdapat kebarangkalian yang tinggi bahawa pasangan mata wang GBP/USD ini akan meningkat atas beberapa sebab teknikal. Mari kita huraikan.

Carta Mingguan

Tinjauan dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 27 Disember 2021

Seperti kebiasaan, kita akan mulakan dengan analisis keputusan minggu lepas. Dalam tempoh dari 20 Disember hingga 24 Disember, pasangan mata wang pound/dolar AS telah mengukuh dan mengakhiri dagangan minggu lalu pada tahap 1.3395. Terdapat beberapa faktor penting yang patut diberi perhatian. Di satu pihak, kenaikan harga pound sterling berjaya menutup minggu di atas Eksponential Moving Average oren yang kukuh. Ia adalah faktor yang benar-benar positif. Sebaliknya, pasangan mata wang itu menutup minggu ini sedikit di bawah tahap kuat dan penting 1.3400. Ia memerlukan beberapa pip untuk menutup minggu dagangan di atas corak 34. Di samping itu, sebut harga dilihat kembali ke Ichimoku cloud mingguan. Terutama, di atas tahap tinggi yang terletak berhampiran 1.3436, terdapat Eksponential Moving Averagen 89 dan indikator garis Tenkan merah Ichimoku yang terletak hampir dengan tahap psikologi penting 1.3500. Jika pasangan mata wang ini terus meningkat, tahap ini akan menjadi sasaran pertama kenaikan harga. Sekurang-kurangnya, ramalan sedemikian boleh dilakukan mengikut carta mingguan. Pada masa yang sama, untuk menjadikan tahap sokongan 1.3170 menjadi halangan sebenar. Selama tiga minggu berturut-turut, aliran menurun berusaha untuk menembusi tahap ini, tetapi gagal. Oleh itu, pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan meneruskan penurunan harga selepas ia membuat penembusan sebenar pada tahap 1.3170 dan penetapan di bawahnya. Untuk terus memperoleh nilai, pasangan mata wang itu harus menembusi satu demi satu sasaran dan mengukuh di atas tahap psikologi 1.3500.

Carta Harian

Tinjauan dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 27 Disember 2021

Pada carta harian, kenaikan harga pada pasangan mata wang ini boleh dianggap sebagai pergerakan pembetulan selepas penurunan ke tahap 1.3832-1.3168. Ini boleh dibuktikan dengan fakta bahawa pasangan mata wang pound/dolar AS mencecah tahap pengunduran kedua Fibonacci 38.2. Walau bagaimanapun, tahapnya agak kukuh dan mendorong harga diniagakan lebih rendah. Di samping itu, Moving Average 50-tempoh terletak pada tahap 1.3445. Oleh itu, zon rintangan paling hampir boleh dilihat pada tahap 1.3420-1.3445. Sudah tentu, harga harus menembusi kawasan ini dan hanya selepas itu, ia mungkin mencapai 1.3500. Menariknya, pasangan mata wang pound/dolar AS telah menembusi garis Tenkan merah dan garis Kijun biru pada indikator Ichimoku dan mengukuh di atasnya. Kini, kedua-dua garis ini mungkin bertindak sebagai tahap sokongan yang kuat.

Di bawah keadaan semasa, adalah amat sukar untuk meramalkan pergerakan harga yang selanjutnya bagi pasangan mata wang ini dan memberikan cadangan dagangan. Itulah sebabnya adalah lebih baik untuk membuka pesanan membeli selepas pembetulan menurun yang tidak ketara ke 1.3370, 1.3360, dan 1.3350 diperhatikan. Jika pasangan mata wang ini membuat pembetulan di bawah 1.3350, pergerakan menaik tidak mungkin berlaku. Pedagang boleh membuka pesanan menjual selepas mereka melihat corak pembalikan menurun di antara tahap 13400 dan 1.3450 pada carta harian atau lebih kecil. Itu sahaja buat masa ini. Esok, kami merancang untuk memeriksa carta yang lebih kecil dan mengubah ramalan kami sekiranya perlu.

Semoga berjaya!

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan