logo

FX.co ★ Analisis teknikal EUR/USD untuk 21 Oktober 2022

Analisis teknikal EUR/USD untuk 21 Oktober 2022

Analisis teknikal EUR/USD untuk 21 Oktober 2022

Gambaran Keseluruhan :

Kenaikan ketara dolar AS berbanding Euro dilanjutkan pada hari ini menjelang berita yang positif. Mata wang biasa mencapai paras tinggi lebih daripada tiga hari awal pagi ini. Analisis teknikal pasangan mata wang EUR/USD ini adalah berdasarkan kepada carta 1 Jam.

Paras harga tertinggi yang dicapai oleh pasangan mata wang EUR/USD pada carta ini ialah 0.9823 (gelombang kenaikan harga terakhir - menaik). Paras harga terendah yang dicapai oleh pasangan mata wang EUR/USD dalam tempoh tersebut ialah 0.9742 (sekarang). Kecenderungan kekal menurun dalam ujian jangka terdekat 0.9726 atau lebih rendah.

Sokongan segera dilihat berada sekitar tahap 0.9726. Penembusan harga yang jelas di bawah paras ini cenderung untuk harga ke zon neutral dalam jangka terdekat. Harga akan menguji 0.9726, kerana secara umumnya, kami kekal menurun pada 21 Oktober 2022. Semalam, pasaran bergerak dari atasnya pada 0.9823 dan terus jatuh ke arah bawah 0.9742. Hari ini, pada carta satu jam, kejatuhan semasa akan kekal dalam rangka kerja pembetulan.

Walau bagaimanapun, jika pasangan mata wang ini gagal melepasi paras 0.9823 (rintangan utama), pasaran akan menunjukkan peluang penurunan harga di bawah paras rintangan yang kukuh 0.9823 (0.9823 adalah bertepatan dengan nisbah anjakan semula Fibonacci 61.8%). Pasangan mata wang EUR/USD ini mengukuh di bawah paras 0.9823 dan sedang menguji sokongan yang terletak pada paras 0.9726.

RSI dan Moving Average (MA) terus memberikan isyarat kemasukan pesanan menjual yang sangat kuat dengan kesemua 50 dan 100 EMA berturut-turut di atas gari yang lebih perlahan dan di bawah harga. 50 EMA telah bergerak lebih jauh di bawah 100EMA pada minggu ini.

Selain itu, RSI mula menandakan arah aliran menurun, kerana aliran itu masih menunjukkan kekuatan di bawah Moving Average (MA)(100) dan (50). Senario alternatif ialah pengukuhan akhir di bawah MA 100 H1, diikuti dengan pertumbuhan di sekitar kawasan 0.9755.

Carta 1 Jam mengutamakan kesinabungan trend menurun, kerana pasangan mata wang ini telah menembusi di bawah 50 dan 100 EMA, kedua-duanya mendapat daya tarikan menurun. Sokongan daripada MA pada mulanya datang dari zon nilai antara 50 dan 100 EMA. Euro kehilangan momentum dan jatuh berbanding Dolar A.S. hampir +105 pip. Memandangkan tiada apa-apa yang baru dalam pasaran ini, ia masih belum menaik. Urus niaga menjual disyorkan di bawah paras 0.9755 dengan sasaran pertama pada 0.9726 untuk menguji 'Double bottom'.

Jika arah aliran menembusi 'Double bottom' pada paras 0.9726, maka pasangan mata wang ini cenderung untuk bergerak ke arah bawah meneruskan pembangunan arah aliran menurun ke paras 0.9691 untuk menguji sokongan mingguan 2.

Menurut peristiwa sebelumnya, harga dijangka kekal diniagakan antara paras 0.9755 dan 0.9691. Pesanan menjual disyorkan di bawah paras 0.9755 dengan sasaran pertama dilihat pada paras 0.9726. Harga berpotensi untuk meneruskan pergerakan ke paras 0.9691.

Pergerakan menurun berkemungkinan bermula dari paras 0.9755 dengan 0.9726 dan 0.9691 dilihat sebagai sasaran baharu dalam temph beberapa jam akan datang. Sementara itu, pesanan Stop Loss perlu sentiasa diambil kira, oleh yang demikian, adalah munasabah untuk menetapkan pesanan Stop Loss anda pada paras 0.9823.


*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan