logo

FX.co ★ Analisis Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 21 Disember 2021. EUR terperangkap di dalam saluran mendatar.

Analisis Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 21 Disember 2021. EUR terperangkap di dalam saluran mendatar.

Analisis Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 21 Disember 2021. EUR terperangkap di dalam saluran mendatar.

Susun atur gelombang untuk pasangan mata wang EUR/USD pada carta 4 jam kekal lengkap dan tidak memerlukan sebarang perubahan. Masih tidak jelas sama ada pembentukan gelombang menurun e dalam C akan berterusan walaupun pasaran telah cuba menyambung semula aliran menurun sebanyak beberapa kali. Jika gelombang ini tidak meneruskan pembinaannya, gelombang C harus diiktiraf sebagai lengkap dengan struktur tiga gelombang. Walau bagaimanapun, saya fikir ia harus mengambil bentuk lima gelombang. Gelombang yang dimulakan pada 30 November tidak boleh dikaitkan dengan gelombang C atau gelombang pertama bahagian aliran menaik baharu. Malah, sama ada paras tinggi gelombang d dalam C mahupun paras rendah gelombang c dalam C telah ditembusi sejak beberapa minggu lalu. Pasangan mata wang ini bergerak dalam saluran mendatar, dan kita perlu menunggu untuk melihat arah pergerakan harga pada masa hadapan. Gelombang e yang sepatutnya (atau ia mungkin gelombang yang lebih kompleks d) boleh mengambil bentuk mendatar yang sangat panjang yang akan menjadikan keseluruhan susun atur gelombang semasa lebih rumit.

Aktiviti pasaran rendah semasa minggu Krismas

Tiada latar belakang berita untuk pasangan mata wang EUR/USD pada hari Selasa. Pasaran terus membincangkan mengenai varian Omicron baharu yang terus menular ke seluruh dunia. Walau bagaimanapun, saya percaya bahawa berita ini tidak lagi menarik minat pedagang kerana mereka tidak boleh menggunakannya untuk mengimbangi semula kerugian mereka. Keadaan di Kesatuan Eropah adalah rumit, sama seperti di Amerika Syarikat (AS). Oleh yang demikian, sama ada euro atau dolar AS tidak boleh mendapat manfaat daripada penularan Omicron. Lebih-lebih lagi, gejala virus baru adalah kurang teruk dibandingkan dengan Delta. Ini tidak bermakna bahawa ekonomi global akan mengelakkan kesan virus ini. Kebanyakan negara di seluruh dunia melaporkan peningkatan setiap hari dalam jumlah kes coronavirus baharu. Vaksin nampaknya tidak berkesan terhadap varian baru. Beberapa negara telah mengetatkan sekatan kuarantin manakala yang lain telah memperkenalkan perintah berkurung. Ada yang berharap dapat melalui gelombang coronavirus baharu tanpa sekatan yang sukar. Walau apa pun, Omicron berkemungkinan akan memberikan masalah kepada ekonomi global. Masih terlalu awal untuk membincangkan perkara ini kerana tiada latar belakang berita lain buat masa ini. Hari ini, indeks sentimen pengguna telah diterbitkan di Jerman dan ia merekodkan bacaan yang selari dengan jangkaan penurunan kepada -6.8 mata. Indikator keyakinan pengguna di zon Eropah juga ternyata negatif. Tetapi ini agak semula jadi di tengah-tengah gelombang baharu wabak itu. Selain itu, laporan ini tidak pernah menjadi sangat penting kepada peserta pasaran. Oleh itu, saya menjangkakan pasangan mata wang itu mengekalkan turun naik hariannya dalam julat 20 mata asas atau kurang dan meneruskan pergerakan mendatar.

Kesimpulan

Berdasarkan kepada analisis di atas, saya boleh membuat kesimpulan bahawa pembentukan gelombang menurun C berkemungkinan akan berakhir. Walau bagaimanapun, struktur dalaman gelombang ini menunjukkan bahawa gelombang menurun lain mungkin mula terbentuk tidak lama lagi. Oleh itu, saya menasihatkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan menjual pasangan mata wang EUR/USD dengan sasaran ditetapkan di sekitar paras 1.1152 untuk setiap isyarat pesanan menjual indikator MACD sehingga harga berjaya menembusi paras tinggi gelombang d.

Analisis Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 21 Disember 2021. EUR terperangkap di dalam saluran mendatar.

Carta masa yang lebih besar

Susun atur gelombang pada carta masa yang lebih besar kelihatan agak meyakinkan. Sebut harga terus bergerak lebih rendah. Struktur trend menurun yang dimulakan pada 25 Mei mengambil bentuk corak pembetulan tiga gelombang A-B-C. Ini bermakna aliran menurun mungkin akan dilanjutkan untuk tempoh beberapa minggu lagi sehingga gelombang C terbentuk sepenuhnya. Ia sepatutnya mengambil struktur lima gelombang dalam kes ini.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan