logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang BTC/USD untuk 18 Oktober 2022

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang BTC/USD untuk 18 Oktober 2022

Berita Industri Kripto:

Syarikat pembayaran gergasi, Mastercard sedang mengambil satu lagi langkah ke arah penglibatan selanjutnya dalam ruang kripto dengan matlamat untuk membangunkan model perniagaan terasnya. Menurut laporan media, syarikat itu dijangka akan melancarkan program yang akan membantu bank dan institusi kewangan menawarkan produk berasaskan mata wang kripto.

Inisiatif ini adalah salah satu daripada beberapa langkah yang diambil oleh syarikat untuk menyepadukan kripto ke dalam model perniagaannya. Menurut laporan itu, Mastercard akan melancarkan program perintis pada suku pertama 2023. Inisiatif itu akan tersedia kepada institusi perbankan terpilih untuk membolehkan mereka melancarkan produk dagangan kripto.

Pada beberapa tahun yang akan datang, program ini akan diperluaskan ke wilayah dan institusi lain. Mastercard akan bertindak sebagai "jambatan" bersama Paxos, platform dagangan yang sudah menawarkan perkhidmatan serupa kepada syarikat seperti PayPal.

Pada penghujung 2020, PayPal dan Paxos mengumumkan perkongsian untuk menyediakan akses kepada Bitcoin dan mata wang kripto lain kepada rakyat Amerika. Rakan kongsi bertindak sebagai "pautan" antara aset digital dan pelabur. Mereka berurusan dengan perlindungan, pematuhan dan keselamatan.

Urus niaga Paxos dan Mastercard tertakluk pada syarat yang sama. Syarikat pembayaran gergas menjalankan tinjauan dan kajian lain untuk menilai sentimen sekitar mata wang kripto dan membuat kesimpulan bahawa kebanyakan masih mahukan akses kepada aset ini. Responden, seperti yang ditunjukkan oleh penyelidikan mereka, lebih gemar untuk mendapatkan pendedahan melalui bank tempatan mereka dan institusi kewangan lain.

Gambaran Teknikal Pasaran:

Lantunan yang dibuat oleh pasangan mata wang BTC/USD telah ditolak daripada tahap $19,950 selepas corak Bearish Engulfing dibentuk pada carta 4 Jam. Masih terdapat satu gelombang lagi yang hilang untuk bahagian bawah untuk melengkapkan corak Falling Wedge. Zon bekalan yang terletak di antara tahap $20,221 - $20,580 (ditandakan sebagai segi empat tepat merah) adalah sangat penting untuk kenaikan harga dari sudut teknikal, kerana hanya penembusan harga yang berterusan di atasnya akan mengubah prospek kepada kenaikan harga lebih tinggi, oleh yang demikian, sila beri tumpuhan kepada zon ini untuk kemungkinan penembusan harga ke arah sasaran seterusnya yang dilihat berada pada $22,410. Momentum kekal positif, yang menyokong prospek kenaikan harga jangka pendek untuk BTC. Sokongan teknikal paling hampir masing-masing dilihat terletak pada $18,944 dan $18,856. Ayunan rendah dan julat rendah dilihat pada tahap $18,150.

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang BTC/USD untuk 18 Oktober 2022

Titik Pivot Mingguan:

WR3 - $19,510

WR2 - $19,356

WR1 - $19,287

Pivot Mingguan - $19,202

WS1 - $19,133

WS2 - $19,048

WS3 - $18,894

Gambaran Dagangan:

Kesinambungan aliran menurun diperhatikan pada carta 4 Jam, Harian dan Mingguan tanpa sebarang petunjuk kemungkinan pengakhiran atau pembalikan arah aliran. Setakat ini setiap lantunan dan percubaan untuk rali digunakan untuk menjual Bitcoin pada harga yang lebih baik oleh peserta pasaran, oleh yang demikian, tekanan penurunan harga masih tinggi. Sokongan teknikal jangka panjang utama pada tahap psikologi $20,000 telah ditembusi, ayunan rendah baharu dibentuk pada tahap $17,600 dan jika tahap ini berjaya ditembusi, maka sasaran jangka panjang seterusnya untuk kenaikan harga dilihat terletak pada tahap $13,712. Sebaliknya, tahap pertukaran untuk aliran menaik kini terletak pada $25,367 dan ia mesti ditembusi dengan jelas untuk penembusan harga yang sah.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan