logo

FX.co ★ Ramalan dan isyarat dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD untuk 13 Disember. Analisis terperinci mengenai pergerakan pasangan mata wang dan urus niaga dagangan. Pound British bergerak lebih jelas dan lebih menguntungkan pada Jumaat

Ramalan dan isyarat dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD untuk 13 Disember. Analisis terperinci mengenai pergerakan pasangan mata wang dan urus niaga dagangan. Pound British bergerak lebih jelas dan lebih menguntungkan pada Jumaat

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 5 Minit

Ramalan dan isyarat dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD untuk 13 Disember. Analisis terperinci mengenai pergerakan pasangan mata wang dan urus niaga dagangan. Pound British bergerak lebih jelas...

Ramalan dan isyarat dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD untuk 13 Disember. Analisis terperinci mengenai pergerakan pasangan mata wang dan urus niaga dagangan. Pound British bergerak lebih jelas dan lebih menguntungkan pada Jumaat

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 5 Minit

Pasangan maa wang GBP/USD bergerak lebih "perlahan" berbanding dengan pergerakan pasangan mata wang euro/dolar AS pada hari Jumaat. Pasangan mata wang ini perlahan-lahan menurun pada separuh pertama hari Jumaat dan ia berkembang pada kadar yang sama pada separuh kedua. Terdapat lonjakan emosi di kalangan pedagang untuk beberapa waktu sejurus selepas laporan inflasi Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan, yang telah menyebabkan pergerakan harga yang agak ketara. Laporan yang agak penting juga telah dikeluarkan pada sebelah pagi di UK - Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan pengeluaran perindustrian - dan ia ternyata merekodkan bacaan yang lebih buruk daripada yang diramalkan, maka ia adalah tidak menghairankan bahawa pound jatuh pada separuh pertama hari itu. Malangnya, pergerakan ini tidak berjaya, kerana tiada satu isyarat pun dihasilkan pada waktu pagi. Ia gagal mencapai garis kritikal dengan beberapa mata, yang mana ia boleh melantun semula. Tetapi isyarat untuk kemasukan pesanan membeli telah terbentuk pada akhir sesi dagangan Eropah, apabila terdapat lantunan semula dari kawasan 1.3186-1.3193. Pedagang terpaksa membuka pesanan membeli. Laporan inflasi AS telah diterbitkan sedikit lewat, kira-kira sejam kemudian, dan, memandangkan pesanan itu telah dibuka, dan pergerakan boleh menjadi kukuh, adalah perlu untuk menetapkan pesanan Stop Loss di bawah tahap 1.3186-1.3193. Akibatnya, pasangan mata wang ini telah mencapai garis Kijun-sen dan melantun daripadanya, jadi pesanan membeli sepatutnya ditutup (keuntungan sebanyak 27 mata) dan pesanan menjual serta-merta dibuka. Isyarat ini ternyata palsu, dan kami melihat penurunan harga lebih daripada 20 mata, oleh yang demikian, pesanan Stop Loss ditetapkan pada titik pulang modal, di mana pesanan itu ditutup. Isyarat untuk pesanan membeli baru telah terbentuk apabila pasangan mata wang itu mengatasi Kijun-Sen di kawasan 1.3246. Isyarat ini membawa kira-kira 20 mata keuntungan, dan pesanan ini sepatutnya telah ditutup selepas lantunan semula harga dari tahap 1.3277. Hasilnya, keuntungan pada Jumaat lalu hampir 50 mata.

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 1 Jam

Ramalan dan isyarat dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD untuk 13 Disember. Analisis terperinci mengenai pergerakan pasangan mata wang dan urus niaga dagangan. Pound British bergerak lebih jelas...

Menurut carta 2 Jam, pasangan mata wang pound/ dolar AS dilihat telah melepasi saluran menurun, jadi kini aliran menaik baharu boleh mula terbentuk. Trend menaik hanya perlu mengatasi garis Senkou Span B utama dalam perjalanan mereka, dan kemudian peluang untuk pergerakan menaik selanjutnya akan menjadi lebih besar. Walau bagaimanapun, minggu ini keputusan mesyuarat Bank of England (BoE) dan Rizab Persekutuan akan disimpulkan, jadi mod pedagang mungkin berubah secara mendadak. Berikut adalah tahap utama pada 13 Disember: 1.3186-1.3193, 1.3246, 1.3288, 1.3362, 1.3406. Tiada tahap di bawah, kerana harganya tidak begitu rendah selama lebih daripada setahun. Garis Senkou Span B (1.3224) dan Kijun-sen (1.3281) juga boleh menjadi sumber isyarat. Isyarat boleh menjadi "lantunan" dan "penembusan" tahap dan garis ini. Adalah disyorkan untuk menetapkan tahap Stop Loss ke tahap pulang modal apabila harga melepasi arah yang betul sebanyak 20 mata. Garis indikator Ichimoku boleh bergerak pada siang hari, yang harus diambil kira semasa mencari isyarat dagangan. Pengerusi BoE Andrew Bailey dijadualkan akan menyampaikan ucapan di UK pada hari Isnin. Walau bagaimanapun, kami tidak percaya bahawa tiga hari sebelum mesyuarat bank pusat, Pengerusi BoE akan berkongsi maklumat penting dengan pasaran. Oleh itu, hari ini, kemungkinan besar, tidak akan ada berita, dan volatiliti bagi pasangan mata wang ini akan menjadi agak lemah.

Kami mengesyorkan anda untuk membiasakan diri:

Gambaran keseluruhan untuk pasangan mata wang EUR/USD. 13 Disember. Pasaran telah berada dalam kedudukan rendah selama seminggu dan sedang menunggu keputusan mesyuarat Fed.

Gambaran keseluruhan untuk pasangan mata wang GBP/USD. 13 Disember. Pasaran tidak percaya bahawa Bank of England akan menaikkan kadar.

Ramalan dan isyarat dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 13 Disember. Analisis terperinci mengenai pergerakan pasangan mata wang dan urus niaga dagangan.

Laporan COT

Ramalan dan isyarat dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD untuk 13 Disember. Analisis terperinci mengenai pergerakan pasangan mata wang dan urus niaga dagangan. Pound British bergerak lebih jelas...

Mod pedagang profesional menjadi sedikit menurun pada minggu laporan terakhir (30 November – 6 Disember). Pedagang profesional menutup 3,600 pesanan menjual (short) dan 2,100 pesanan membeli (long) sepanjang minggu. Oleh itu, pesanan bersih bagi kumpulan pedagang "bukan komersial" meningkat sebanyak 1,500. Ini adalah perubahan yang sangat kecil walaupun untuk pound British. Secara umumnya, mod pedagang bukan komersial terus menurun, dan agak ketara. Kami ingin menarik perhatian anda kepada betapa rendahnya garis hijau indikator pertama yang terletak dalam carta di atas, yang menggambarkan pesanan bersih kumpulan bukan komersial. Oleh itu, tidak seperti euro, penurunan pound dalam beberapa minggu kebelakangan ini kelihatan logik: pemain utama menjual mata wang, dan ia jatuh. Penurunan selanjutnya dalam mata wang British juga kini berkemungkinan besar, tetapi pada masa yang sama kami menarik perhatian anda kepada fakta bahawa garis hijau dan merah pada indikator pertama telah bergerak agak jauh antara satu sama lain. Ini mungkin menunjukkan bahawa aliran menurun semakin melemah. Oleh itu, kita mendapat situasi di mana mata wang euro tidak bergerak turun secara logik, dan pound berkemungkinan akan melengkapkan pergerakannya dalam masa terdekat. Oleh itu, untuk kedua-dua pasangan utama, kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk menunggu arah aliran menurun berakhir, tetapi jangan mula membuka pesanan membeli sehingga isyarat kemasukan pembelian terbentuk.

Penjelasan untuk carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membuka pesanan membeli atau menjual pasangan mata wang. Anda boleh meletakkan pesanan Take Profit berhampiran pada tahap ini.

Garis Kijun-sen dan Senkou Span B ialah garis indikator Ichimoku yang dipindahkan ke carta 1 Jam daripada carta 4 Jam.

Kawasan sokongan dan rintangan ialah kawasan harga di mana ia telah melantun semula.

Garis kuning ialah garis arah aliran, saluran aliran dan sebarang corak teknikal lain.

Indikator 1 pada carta COT ialah volume pesanan bersih bagi setiap kategori pedagang.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan