logo

FX.co ★ Ramalan dan isyarat dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 25 November. Analisis terperinci mengenai pergerakan pasangan mata wang dan urus niaga dagangan. Pound sebenarnya tidak mahu jatuh, namun ia mengekori mata wang euro

Ramalan dan isyarat dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 25 November. Analisis terperinci mengenai pergerakan pasangan mata wang dan urus niaga dagangan. Pound sebenarnya tidak mahu jatuh, namun ia mengekori mata wang euro

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 5 Minit

Ramalan dan isyarat dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 25 November. Analisis terperinci mengenai pergerakan pasangan mata wang dan urus niaga dagangan. Pound sebenarnya tidak mahu jatuh, namun...

Pasangan mata wang GBP/USD terus diniagakan dengan tidak menentu, tetapi pada masa yang sama mengekalkan arah aliran menurun. Sila beri perhatian kepada carta di atas, yang jelas menunjukkan pergerakan urus niaga harian bagi pasangan mata wang ini. Setiap 20 mata penurunan, terdapat anjakan semula menaik sebanyak 15 mata. Volatiliti, bagi pasangan mata wang pound/dolar AS, adalah rendah pada hari Rabu - hanya 66 mata. Terdapat pergerakan menurun, namun sangat lemah, dan semua isyarat dagangan terbentuk hanya sekitar satu tahap ekstrem 1.3352. Dan kerana terdapat lebih daripada satu isyarat, ini sebenarnya adalah tanda-tanda mendatar, bukan pergerakan trend. Secara umumnya, adalah sangat sukar untuk berdagang, berbeza dengan hari sebelumnya. Perlu juga diperhatikan dengan segera bahawa tidak ada satu laporan makroekonomi atau peristiwa penting lain di UK semalam. Angka "1" dan "2" dalam carta menandakan masa apabila statistik makroekonomi di Amerika Syarikat diterbitkan, yang secara praktikalnya tidak mempunyai kesan ke atas pergerakan pasangan mata wang ini dan yang kami bincangkan dalam tinjauan kami ke atas pasangan euro/dolar AS. Kami boleh memilih hanya laporan tentang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) (+2.1% q/q berbanding ramalan +2.2% q/q) dan pada pesanan untuk barangan tahan lama (-0.5% m/m berbanding ramalan + 0.2% m/m). Ternyata kedua-dua laporan paling penting tidak memihak kepada mata wang AS, tetapi bagaimanapun, ia tidak menghentikan pengukuhannya. Sekarang mari kita beralih kepada memeriksa isyarat dagangan. Dua isyarat dagangan pertama boleh dipertimbangkan bersama kerana ia adalah sama. Lantunan harga dari tahap 1.3352, yang sepatutnya diuruskan dengan kemasukan pesanan membeli. Pasangan mata wang GBP/USD gagal untuk mengukuh sama ada selepas mata pertama atau selepas 20 mata kedua, oleh yang demikian, pesanan Stop Loss tidak ditetapkan ke titik pulang modal. Pesanan membeli ditutup secara manual apabila pasangan mata wang ini menetap di bawah tahap 1.3352 dan dengan itu membentuk isyarat kemasukan pesanan menjual. Ia juga sepatutnya diusahakan, tetapi dengan pesanan menjual. Pesanan itu ternyata lebih menguntungkan daripada yang pertama dan membawa kira-kira 16 mata keuntungan - ia sepatutnya ditutup secara manual pada lewat petang. Kerugian sebanyak 12 mata direkodkan pada dagangan pertama.

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 1 Jam

Ramalan dan isyarat dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 25 November. Analisis terperinci mengenai pergerakan pasangan mata wang dan urus niaga dagangan. Pound sebenarnya tidak mahu jatuh, namun...

Merujuk kepada carta 1 jam, pasangan mata wang pound/dolar AS meneruskan pergerakan menurunnya, dan sebagai tambahan kepada garis aliran menurun, saluran aliran menurun juga telah terbentuk, yang mempunyai cerun yang lebih besar. Oleh itu, walaupun semua pergerakan kelihatan tidak jelas pada carta 5 minit, pergerakan itu kelihatan sangat baik pada carta masa yang lebih besar. Jika kita melihat kepada carta 4 jam, ia kini sangat baik untuk berdagang di sana, kerana ia menganggap pegangan pesanan jangka panjang berbanding urusniaga harian. Berikut adalah tahap penting pada 25 November: 1.3246, 1.3304, 1.3352, 1.3406, 1.3513. Garis Senkou Span B (1.3479) dan Kijun-sen (1.3417) juga boleh menjadi sumber isyarat. Isyarat boleh menjadi "lantunan" dan "penembusan" harga pada tahap dan garis ini. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Stop Loss pada titik pulang modal apabila harga melepasi 20 mata ke arah yang betul. Garis indikator Ichimoku berpotensi untuk bergerak pada siang hari, yang harus diambil kira semasa mencari isyarat dagangan. Gabenor Bank of England Andrew Bailey dijadualkan akan berucap di UK pada hari Khamis, yang tidak mungkin menarik minat pasaran. Harus diingatkan bahawa bukan semua ucapan oleh ketua bank pusat menimbulkan sekurang-kurangnya beberapa jenis reaksi, dan tidak setiap ucapan memberikan maklumat penting kepada pasaran. Selain daripada ucapan Bailey, tidak akan ada acara besar lain yang dijadualkan pada malam ini.

Kami menasihatkan anda agar membiasakan diri dengan analisis berikut:

Gambaran keseluruhan untuk pasangan mata wang EUR/USD. 25 November. "Koronavirus" menyerang Jerman. Lokomotif ekonomi Eropah mungkin berhenti...

Gambaran keseluruhan untuk pasangan mata wang GBP/USD. November 25. Setahun telah berlalu. UK dan EU masih dalam perbincangan. Retorik Maros Sefcovic tidak berubah.

Ramalan dan isyarat dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 25 November. Analisis terperinci mengenai pergerakan pasangan mata wang dan urus niaga dagangan.

Laporan COTRamalan dan isyarat dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 25 November. Analisis terperinci mengenai pergerakan pasangan mata wang dan urus niaga dagangan. Pound sebenarnya tidak mahu jatuh, namun...

Mood pedagang profesional lebih memihak kepada trend penurunan semasa minggu laporan terakhir. Walau bagaimanapun, ini tidak sepatutnya mengejutkan, kerana mood pemain utama sentiasa berubah sejak beberapa bulan lalu, yang mencerminkan indikator pertama dalam carta di atas dengan sempurna. Garis hijau dan merah, yang menunjukkan pesanan bersih (dalam erti kata lain, mood) pedagang bukan komersial dan komersial, sentiasa mengubah arah pergerakan dan sentiasa menukar kedudukan mereka berbanding tahap sifar. Minggu pelaporan terakhir hanya mengesahkan kami dengan kesimpulan ini. Garis hijau telah menurun dengan ketara sekali lagi, dan garis merah telah meningkat dengan mendadak, walaupun beberapa minggu lalu ia adalah sebaliknya. Oleh itu, secara rasminya, mood pedagang profesional telah menjadi lebih lemah, tetapi pada hakikatnya ia berubah setiap beberapa minggu, oleh yang demikian, ia adalah mustahil untuk membuat kesimpulan jangka panjang. Kumpulan pedagang bukan komersil menutup 4,000 pesanan membeli (Long) dan membuka 17,000 pesanan menjual (Short) pada minggu laporan. Oleh itu, pesanan bersih berkurangan sebanyak 21,000 sekaligus, yang mana ini adalah jumlah yang besar untuk pound. Walau bagaimanapun, ini tidak begitu penting, kerana pesanan bersih pedagang bukan komersial juga sentiasa melonjak naik dan turun, yang diisyaratkan dengan jelas oleh indikator kedua dalam carta di atas. Perlu diingatkan juga bahawa dalam jangka masa panjang, kadar pertukaran bagi pasangan mata wang pound/dolar AS itu sendiri juga sentiasa melonjak naik dan turun. Oleh itu, adalah tidak mungkin untuk membuat ramalan jangka panjang berdasarkan kepada laporan COT.

Penjelasan untuk carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membuka pesanan membeli atau menjual pasangan mata wang. Anda boleh meletakkan pesanan Take Profit berhampiran pada tahap ini.

Garis Kijun-sen dan Senkou Span B ialah garis indikator Ichimoku yang dipindahkan ke carta 1 Jam daripada carta 4 Jam.

Kawasan sokongan dan rintangan ialah kawasan harga di mana ia telah melantun semula.

Garis kuning ialah garis arah aliran, saluran aliran dan sebarang corak teknikal lain.

Indikator 1 pada carta COT ialah volume pesanan bersih bagi setiap kategori pedagang.

Indikator 2 pada carta COT ialah volume pesanan bersih untuk kumpulan bukan komersial.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan