logo

FX.co ★ Bagaimana untuk berdagang pasangan mata wang GBP/USD pada 16 November? Tip mudah untuk pedagang baru. Pergerakan pound yang tidak jelas

Bagaimana untuk berdagang pasangan mata wang GBP/USD pada 16 November? Tip mudah untuk pedagang baru. Pergerakan pound yang tidak jelas

Analisis tawaran dagangan yang terdahulu:

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 30 minit

Bagaimana untuk berdagang pasangan mata wang GBP/USD pada 16 November? Tip mudah untuk pedagang baru. Pergerakan pound yang tidak jelas Pasangan mata wang GBP/USD dilihat telah melanjutkan pembetulan ke arah aliran menurun pada Isnin, 15 November, yang disokong oleh garis arah aliran menurun. Oleh itu, harga berkemungkinan besar akan boleh menentukan garis aliran pada esok sama ada ia akan melantun atau menembusinya. Lantunan harga dari garis arah aliran boleh dianggap sebagai isyarat untuk kemasukan pesanan menjual yang agak kuat. Dan penembusan harga pada garis ini adalah seperti isyarat unutk kemasukan pesanan membeli. Pada masa yang sama, kami ingin menarik perhatian pedagang baru kepada fakta bahawa pergerakan pasangan mata wang GBP/USD pada Isnin adalah sangat lemah dan perkara yang paling aneh ialah pasangan euro/dolar AS telah menunjukkan turun naik yang lebih kuat berbanding pasangan mata wang pound/dolar AS. Mata wang AS mengukuh berbanding euro, namun ia lemah berbanding pound. Ini adalah kejadian yang sangat jarang berlaku, terutamanya sewaktu kalendar makroekonomi yang kosong. Dalam keadilan, perlu diperhatikan bahawa hari ini, ECB dan Gabenor Bank of England Christine Lagarde dan Andrew Bailey telah menyampaikan ucapan. Walau bagaimanapun, kedua-duanya tidak membuat kenyataan yang boleh mencetuskan pergerakan kuat pada pasangan mata wang ini. Sebenarnya, pasangan pound/dolar AS tidak menunjukkan sebarang pergerakan pada hari ini, dan pasangan mata wang euro/dolar AS mula melemah pada sebelah petang, apabila ucapan Lagarde berakhir.

Pasangan mata wang GBP/USD - Carta 5 minit

Bagaimana untuk berdagang pasangan mata wang GBP/USD pada 16 November? Tip mudah untuk pedagang baru. Pergerakan pound yang tidak jelas

Berdasarkan kepada carta 5 minit, terdapat banyak isyarat dagangan yang muncul pada Isnin, dan ini sangat buruk, kerana pasangan mata wang ini berdagang dalam trend mendatar untuk sebahagian besar hari dagangan. Ini bermakna bahawa sejumlah besar isyarat palsu boleh dihasilkan. Inilah yang berlaku dalam praktis. Semua isyarat telah dibentuk di sekitar tahap 1.3415-1.3424, dan selepas dua isyarat pertama, seseorang sepatutnya berhenti berdagang dan tidak memasuki pasaran. Isyarat untuk kemasukan pesanan menjual pertama ternyata sangat lemah selepas pembentukannya tidak turun satu mata pun dan serta-merta mula bergerak ke arah atas, menembusi sekitar tahap 1.3415-1.3424 dalam tempoh beberapa jam. Oleh itu, pesanan menjual sepatutnya ditutup secara manual dan para pedagang mula membuka pesanan membeli, walaupun sudah jelas pada masa itu bahawa kemungkinan trend mendatar adalah tinggi. Walau bagaimanapun, pedagang baru boleh membuka pesanan menjual, yang hanya boleh memperoleh beberapa mata keuntungan. Dan ia boleh ditutup pada bila-bila masa, kerana di bawah kawasan 1.3415-1.3424 harga tidak lagi boleh pergi dan, secara semula jadi, tidak mencapai sasaran paling hampir dan juga tidak meningkat sebanyak 40 mata. Pada tawaran pertama, kejatuhan sebanyak 20 mata telah direkodkan.

Bagaimana untuk berdagang pada Selasa:

Pada masa ini, trend menurun dilanjutkan pada carta 30 minit. Sekarang kita perlu memahami sama ada pasangan mata wang ini cenderung untuk mengatasi trend menurun. Jika ya, maka pergerakan menaik akan dilanjutkan, jika tidak, maka pergerakan menurun akan diteruskan. Pada carta 5 minit, tahap utama adalah seperti berikut: 1.3304, 1.3363, 1.3415-1.3424, 1.3470, 1.3517. Kami mengesyorkan berdagang pada hari Selasa. Harga boleh melantun atau mengatasinya. Seperti sebelum ini, kami menetapkan pesanan Take Profit pada jarak 40-50 mata. Pada carta 5 minit, anda boleh menggunakan semua tahap harga yang paling hampir sebagai sasaran, tetapi kemudian anda perlu mengambil keuntungan, dengan mengambil kira kekuatan pergerakan. Apabila pasangan mata wang ini melepasi 20 mata ke arah yang betul, kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Stop Loss ke Titik Pulang Modal. Laporan pengangguran dan gaji akan diterbitkan di UK pada 16 November, tetapi pedagang baru harus memberi lebih perhatian kepada laporan jualan runcit di AS. Walaupun laporan di sebelah pagi juga boleh mencetuskan sedikit reaksi pasaran.

Peraturan asas sistem perdagangan:

1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.

2) Jika dua atau lebih dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.

3) Pada pergerakan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.

4) Tawaran perdagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi Eropah dan sehingga pertengahan sesi AS, apabila semua dagangan mesti ditutup secara manual.

5) Pada carta 30 minit, menggunakan isyarat dari indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat turun naik yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.

6) Jika dua tahap terletak terlalu hampir antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.

Pada carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.

Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Indikator MACD terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyeberang, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disyorkan untuk menggunakan indikator ini dalam kombinasi dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).

Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa keluar mereka, adalah disyorkan untuk berdagang dengan berhati-hati yang mungkin atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.

Pedagang baru di Forex perlu ingat bahawa tidak setiap perdagangan menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan