logo

FX.co ★ BTC menahan peningkatannya

BTC menahan peningkatannya

Bitcoin menghentikan pertumbuhannya, gagal menembusi tahap AS$ 64,000. Meskipun penurunan ini, mataw ang kripto bergerak dalam julat AS$ 62,000-64,000, yang menunjukkan sentimen kenaikan harga yang kuat. Namun, setelah menganalisis pergerakan harga pada siang hari, terdapat tahap rintangan yang kuat. Kenaikan harga tidak dapat mendorong bitcoin melebihi tahap ini sekarang. Peningkatan tekanan pada harga BTC dapat menyebabkan komplikasi pergerakan ke atas. Untuk mengakses seberapa tepat senario ini dan untuk menentukan kekuatan trend kenaikan harga, perlu melihat petunjuk teknikal aset kripto.

Dilihat oleh aktiviti rantaian, kemungkinan alasan untuk perlambatan BTC mungkin adalah kenyataan bahawa pelabur jangka panjang kembali ke pasaran. Mereka menyimpan token syiling lebih dari 150 hari. Semalam, BTC berjaya menembusi tahap AS$ 60,000. Oleh demikian, 99% token syiling yang berada kitaran berjaya memperoleh. Ramai pelabur memutuskan untuk mengaut keuntungan untuk mendapatkan pelaburan mereka, yang memberi tekanan pada harga BTC. Secara asas, pelabur jangka panjang yang membuka kedudukan panjang di BTC lebih awal di atas AS$ 40,000 adalah yang pertama menutupnya. Pulangan mereka sekarang jauh lebih besar daripada pedagang jangka sederhana dan pendek yang telah membeli bitcoin melebihi AS$ 40,000-50,000. Oleh kerana peagang telah mula menyingkirkan aset, setelah mendapat keuntungan dari spekulasi, tekanan pada harga akan meningkat. Ia mungkin perlahan ke atas. Untuk memahami bagaimana penjualan syiling mempengaruhi aliran menaik, adalah perlu untuk menganalisis indikator teknikal.

Pada carta 1H, bitcoin kelihatan sangat lemah dan mungkin berada di belakang garis trend super. Tekanan jual semakin kuat dan indikator teknikal mula menurun dengan mendadak. Indikator MACD telah membentuk persilangan menurun, yang memberikan isyarat melemahnya aliran menaik dan penurunan harga dan jumlah pembelian secara beransur-ansur. Pengayun stokastik dan indikator RSI juga turun. Ini menunjukkan penjualan dan ketiadaan pelabur besar. Di samping itu, penembusan segitiga kenaikkan berlaku tidak lama lagi, mendorong BTC lebih rendah. Secara ringkasnya, penjualan telah memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan BTC pada. Atas sebab ini, ia jatuh ke julat yang kecil. Untuk mengesahkan arah aliran menurun, adalah perlu mengakses carta masa yang lebih besar.

BTC menahan peningkatannya

Indikator RSI adalah petunjuk teknikal yang membantu pedagang untuk menentukan kekuatan trend (menurun atau menaik) dan meramalkan kemungkinan perubahan dalam pergerakan harga. Dengan menggunakan penunjuk ini, pedagang dapat menentukan pada tahap mana aset boleh memasuki zon overbought atau oversold. Sekiranya penunjuk berada pada tahap 60, ini menunjukkan arah aliran menaik, permintaan tinggi untuk token syiling, dan kekuatan momentum kenaikan semasa. Sekiranya penunjuk berada di bawah tahap ini, BTC mula bergerak ke zon overbought.

MACD (indeks penumpuan/perbezaan moving average) adalah indikator yang membantu pedagang mengetahui arah aliran berdasarkan pergerakan moving average dan nilai di antara mereka. Isyarat kenaiakn harga adalah persilangan garis putih di bawah merah dan penurunan harga. Sebaliknya, apabila garis putih dari atas melintasi garis merah, ini menunjukkan pergerakan ke bawah.

Stochastic (stochastic oscillator) menunjukkan kekuatan momentum trend semasa. Sekiranya penunjuk berada di atas tahap 80, maka aset tersebut boleh dianggap sebagai overbought. Sekiranya stokastik berada di bawah 20, maka aset berada di zon oversold.

Garis trend super adalah petunjuk teknikal yang mencerminkan aliran menaik (hijau - isyarat beli) dan aliran menurun (merah - isyarat jual) pada carta mendatar.

Pada carta 4H, harga BTC stabil. Namun, ia masih menghadapi tekanan penjualan kerana sebilangan besar kandil merah. Indikator MACD telah mulai bergerak ke samping setelah penurunan. Stochastic membentuk persimpangan menaik dan mula berkembang. Oleh demikian, pedagang telah meneruskan pembelian. Indikator RSI juga memberikan isyarat beli. Kedua-dua indikator telah mula bergerak ke tahap 60. Kenaikan harga berusaha untuk mengambil kedudukan atas setelah penurunan yang singkat. Walau bagaimanapun, untuk mengesahkan kekuatan momentum kenaikkan, perlu melihat carta masa (TF) harian.BTC menahan peningkatannya

Tiada tanda-tanda penurunan pada carta harian. Momentum kenaikan cukup kuat. Oleh demikian, BTC kemungkinan akan mengembalikan kerugiannya dalam jangka pendek. Ini disahkan oleh graf lilin "bullish" yang terbentuk pada 18 Oktober, serta oleh indikator teknikal. Indikator MACD terus menunjukkan momentum menaik selepas persilangan kenaikkan harga. Indikator stokastik dan RSI bergerak di atas tanda 70, yang menunjukkan kekuatan pembeli. Secara keseluruhan, tinjauan untuk BTC tetap meningkat. Walau bagaimanapun, semakin dekat harga bergerak ke paras sejarah, semakin kerap pelabur akan mengaut keuntungan. Pada masa ini, trend ini hanya dapat dilihat pada jangka masa yang kecil. Namun, keadaan mungkin bertambah buruk kerana bitcoin terus berkembang.BTC menahan peningkatannya

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan