logo

FX.co ★ Ramalan dagangan pasangan mata wang USD/JPY pada 8 Oktober, 2021

Ramalan dagangan pasangan mata wang USD/JPY pada 8 Oktober, 2021

Pasangan mata wang USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY ini dilihat telah mencapai rintangan sasaran yang terletak pada tahap 111.67 pada Khamis, dan pagi ini harga melonjak di atas tahap tinggi Rabu dan menuju ke tahap sasaran 112.22, didorong oleh pertumbuhan 2.05% indeks saham Nikkei 225. Penembusan harga di atas tahap 112.22 akan membuka jalan untuk pasangan mata wang ini bergerak menuju ke saluran harga tertanam sekitar tahap 113.08.

Ramalan dagangan pasangan mata wang USD/JPY pada 8 Oktober, 2021

Optimisme pasangan mata wang ini harus ditangani dengan berhati-hati. Hari ini, kita akan menerima data mengenai pekerjaan AS untuk bulan September, yang mungkin akan mencatatkan bacaan yang lebih buruk berbanding ramalan, kerana tuntutan mingguan untuk faedah pengangguran ternyatan mencatatkan bacaan lebih buruk daripada yang dijangkakan selama tiga minggu berturut-turut, yang cenderung untuk memperburukkan lagi bacaan dalam laporan Perubahan Pekerjaan Bukan Perladangan yang dijangkakan sebanyak 490-500,000. Sekiranya ini berlaku, harga cenderung untuk membentuk perbezaan pembalikan dengan Marlin Oscillator, harga akan ditarik semula dari tahao 112.22 dan sasaran dalam jangka masa terdekat adalah untuk menyokong garis saluran harga tertanam pada tahap 110.68.

Ramalan dagangan pasangan mata wang USD/JPY pada 8 Oktober, 2021

Harga menutup di atas tahap 119.67 pada carta 4 Jam, Marlin Oscillator menaik, tahap sasaran 112.22 semakin dihampiri. Tetapi apa yang akan terjadi apabila harga mencapai tahap yang dinyatakan hanya akan diketahui setelah data mengenai pekerjaan di Amerika Syarikat dikeluarkan.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan