logo

FX.co ★ Ulasan pasaran AS pada 6 September

Ulasan pasaran AS pada 6 September

Ulasan pasaran AS pada 6 September

Pasaran AS kini berada pada paras tinggi tahunan.

Pasaran Amerika Syarikat (AS) dibuka dengan tenang hari ini kerana negara menyambut hari cuti umum - Hari Buruh. Pasaran kini ditutup di AS.

Tetapi pada Jumaat lalu, indeks saham secara praktikalnya diniagakan tidak berubah sebagaimana Dow merosot hanya 0.2%, sementara NASDAQ menokok hanya 0.2%.

Sementara itu di Jerman, data terbaru mengatakan pesanan perindustrian meningkat sebanyak 3.4% pada bulan Julai, yang bertentangan dengan apa yang diharapkan.

Dan mengejutkan, minyak menunjukkan kelemahan pada pembukaan sesi dagangan minggu ini. Brent merosot sebanyak 1.5% dan diniagakan pada paras $71.60. Ini berlaku walaupun taufan melanda di Teluk Mexico, yang mengurangkan pengeluaran sebanyak 1.6 juta tong. Saudi Aramco juga memberikan potongan kepada beberapa pembeli dari Asia.

Menurut sudut positif, kes baru COVID-19 sekali lagi merekodkan penurunan. Data terbaru melaporkan bahawa hanya terdapat 430,000 kes baru pada hari Ahad, AS dan Britain mencatatkan kes sekitar 38,000.

Kembali ke pasaran, S&P 500 bernilai 4.535, antara 4.500 hingga 4.550 mata. Ia mencecah paras itu di tengah-tengah data yang mengecewakan mengenai gaji bukan perladangan AS. Nampaknya, hanya 235,000 pekerjaan baru ditawarkan pada bulan Ogos, jauh di bawah ramalan yang mengunjurkan sebanyak 700,000 peluagn pekerjaan. Nasib baik, kadar pengangguran turun kepada 5.2%.

Bagi aktiviti perniagaan dalam sektor perkhidmatan, nilai indeks 61.7 mata dicatatkan.

Untuk minggu ini, pelaku pasaran harus memerhatikan laporan pekerjaan AS akan datang (Khamis).

Bercakap mengenai dolar AS, indeksnya mencecah 92.20 mata dan berlegar di antara 91.80 hingga 92.40. Ini terus menurun dari paras tertinggi, walaupun perlahan. Alasannya adalah peningkatan permintaan untuk euro di tengah-tengah laporan kenaikan inflasi di EU dan kemungkinan penyemakan semula dasar ECB. Tetapi ECB sendiri tidak mengesahkan spekulasi ini. Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan euro akan tidak bergerak menjelang pilihan raya Jerman pada akhir bulan September.

Untuk pasangan mata wang USD/CAD, ia diniagakan pada paras 1.2530, berlegar di antara paras 1.2480 hingga 1.2580. Penurunan harga minyak akan mempengaruhi sentimen pasaran.

Kesimpulan: Peserta pasaran harus menunggu dorongan dari ekonomi.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan