logo

FX.co ★ Keadaan semasa dan prospek untuk Etherum

Keadaan semasa dan prospek untuk Etherum

Ethereum

Keadaan semasa dan prospek untuk Etherum

Aliran menaik telah pulih secara aktif dan berkesan sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Ia berjaya menembusi tahap penting, tetapi ketika ini bertemu dengan beberapa pivot points (PP) menaik (3195.73 tahap akhir Ichimoku cross mingguan + 3290 - 3466 sasaran sehari untuk penembusan cloud) sekaligus berfungsi sebagai asas untuk penurunan aktiviti dan penghambatan. Penyatuan harga mungkin berkembang dalam masa terdekat. Penembusan harga pada PP yang dijumpai akan membolehkan kita mempertimbangkan kemungkinan pemulihan kedudukan kenaikkan harga selanjutnya. Di sini, tujuan utama adalah untuk mengemas kini tahap tinggi (4370.56).

Namun, sekiranya menghentikan pergerakan ke atas dan membentuk lantunan semula harga dari tahap rintangan yang dihadapi, kepentingan aliran menruun akan diarahkan untuk menembusi tahap sokongan dari trend jangka pendek harian (3110.59) dan kemudian menurun ke tahap sokongan yang luas. Had atasnya ialah trend jangka sederhana mingguan (2832.83).

Keadaan semasa dan prospek untuk Etherum

Pada masa ini, kelebihan aliran menaik adalah dominan dalam carta masa yang lebih kecil. Sasaran kenaikan urus niaga harian kini dicatatkan pada 3327 - 3397 - 3505 (tahap rintangan pivot klasik). Hari ini, tahap sokongan utama bergabung pada 3215-02 (Central pivot + trend jangka panjang mingguan). Penyatuan harga di bawah tahap ini cenderung untuk mengubah keseimbangan kuasa semasa dalam jangka masa yang sama. Akibatnya, aliran menurun akan mendapat kelebihan dan peluang menurun. PP akan menjadi tahap sokongan 3150 - 3038 - 2972 (pivot klasik).

***

Tahap Ichimoku Kinko Hyo (9.26.52) dan Kijun-sen pada carta masa yang lebih tinggi, serta Pivot Points dan Moving Average (120) klasik pada carta 1 Jam, digunakan dalam analisis teknikal keadaan.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan