logo

FX.co ★ Analisis dan Cadangan Dagangan Pasangan Mata Wang EUR/USD dan GBP/USD pada 11 Ogos, 2021.

Analisis dan Cadangan Dagangan Pasangan Mata Wang EUR/USD dan GBP/USD pada 11 Ogos, 2021.

Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD

Terdapat beberapa isyarat pasaran pada hari Selasa, tetapi hanya isyarat yang muncul di sebelah petang yang berjaya. Oleh itu, isyarat pertama untuk menjual tidak berakhir seperti yang diharapkan walaupun garis MACD turun dari sifar. Walau bagaimanapun di sebelah petang, setelah EU mengeluarkan laporan ekonomi yang lemah, pasangan mata wang EUR/USD merosot sebanyak 20 pips.

Data yang diterbitkan pada baru-baru ini mengenai sentimen perniagaan telah mendorong pasangan mata wang EUR/USD untuk turun semalam. Kemudian, laporan mengenai produktiviti buruh AS memperburukkan lagi keadaan.

Hari ini, pergerakan pasaran berkemungkinan besar akan bergantung kepada laporan inflasi Jerman, Itali dan Amerika Syarikat (AS). Sekiranya Jerman dan Itali mengeluarkan data CPI yang lemah, pasangan mata wang EUR/USD akan turun lebih rendah. Tetapi jika AS sekali lagi melaporkan kenaikan inflasi, permintaan untuk dolar AS akan menurun, yang akan mendorong kepada kenaikan harga pada pasangan mata wang EUR/USD.

Analisis dan Cadangan Dagangan Pasangan Mata Wang EUR/USD dan GBP/USD pada 11 Ogos, 2021.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan beli euro ketika harga mencecah tahap 1.1730 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.1768. Permintaan akan meningkat sekiranya zon Eropah menerbitkan data inflasi yang baik. Tetapi sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula naik daripadanya.

Anda juga berpeluang untuk membuka pesanan membeli pada tahap 1.1709 dan 1.1666, tetapi garis indikator MACD mestilah berada di kawasan terlebih jualan (oversold) untuk mendorong pasangan mata wang ini membuat pembalikan harga ke tahap 1.1730 dan 1.1768.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan jual euro setelah harga mencecah tahap 1.1709 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.1666. Penurunan harga akan berlaku sekiranya zon Eropah mengeluarkan laporan ekonomi yang lemah. Tetapi sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya.

Anda juga berpeluang untuk membuka pesanan menjual pada tahap 1.1730 dan 1.1768, tetapi garis indikator MACD mestilah berada di kawasan terlebih belian (overbought) ntuk mendorong pasangan mata wang ini membuat pembalikan harga ke tahap 1.1709.

Analisis dan Cadangan Dagangan Pasangan Mata Wang EUR/USD dan GBP/USD pada 11 Ogos, 2021.

Apa yang terdapat pada carta:

Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang EUR/USD.

Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang EUR/USD.

Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

Analisis urusniaga pasangan mata wang GBP/USD

Terdapat beberapa isyarat pasaran pada hari Selasa, tetapi semuanya tidak berjaya kerana ia muncul ketika garis indikator MACD berada di kawasan yang tidak menguntungkan. Sebagai contoh, apabila isyarat untuk membeli terbentuk di pasaran, indikatornya jauh dari sifar, menyebabkan potensi kenaikan harga untuk pasangan mata wang GBP/USD terbatas. Ini menghasilkan penjualan yang lain pada pasangan mata wang ini.

Namun berkemungkinan besar akan ada pembetulan menaik kerana tidak ada laporan statistik UK yang dijadualkan akan diterbitkan pada hari ini. Walau bagaimanapun, pertumbuhan harga ini tidak akan berlangsung dalam tempoh yang lama kerana di sebelah petang, AS akan mengeluarkan laporan mengenai inflasi, yang berpotensi untuk menyebabkan peningkatan permintaan untuk dolar AS sekaligus penurunan harga untuk pasangan mata wang GBP/USD.

Analisis dan Cadangan Dagangan Pasangan Mata Wang EUR/USD dan GBP/USD pada 11 Ogos, 2021.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli pound setelah harga mencecah tahap 1.3839 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3869 (garis hijau yang lebih tebal pada carta). Tetapi sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula naik darinya.

Ada juga kemungkinan untuk pedagang membuka pesanan membeli pada tahap 1.3822 dan 1.3785, tetapi garis indikator MACD harus berada di kawasan terlebih jualan (oversold) untuk memacu pembalikan pasaran ke tahap 1.3839 dan 1.3869.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual pound setelah harga mencecah tahap 1.3822 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3785. Penurunan harga akan berlaku sekiranya AS melaporkan peningkatan tekanan inflasi, karena itu akan memaksa Fed untuk menyemak semula pendekatannya terhadap dasar moneteri lebih awal dari jadual. Tetapi sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun darinya.

Pedagang juga berpeluang untuk membuka pesanan menjual pada tahap 1.3839 dan 1.3869, tetapi garis MACD harus berada di kawasan terlebih belian (overbought) untuk mendorong pembalikan pasaran ke tahap 1.3822 dan 1.3785.

Analisis dan Cadangan Dagangan Pasangan Mata Wang EUR/USD dan GBP/USD pada 11 Ogos, 2021.

Apa yang terdapat pada carta:

Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan