logo

FX.co ★ Ethereum terus mendapat daya tarikan setelah mengaktifkan 'London Hard Fork'

Ethereum terus mendapat daya tarikan setelah mengaktifkan 'London Hard Fork'

Ethereum selangkah lagi untuk kembali berdagang ke tahap $2.900 dan juga mengalahkan pesaingnya, Bitcoin setelah menaik taraf rangkaian terasnya, yang menunjukkan bekalan altcoin yang lebih terhad. Minggu ini, mata wang digital kedua terbesar telah berjaya mencapai paras tinggi dua bulan dan terus meningkat sekitar 280% sepanjang tahun ini, menewaskan Bitcoin, yang setakat ini telah meningkat 40% pada tempoh yang sama setelah menurun dari paras rekod $65,000 pada bulan Mei tahun ini. Kemas kini perisian rangkaian Ethereum menunjukkan bahawa ia sudah bersiap sedia untuk melakukan perubahan selanjutnya yang akan mengurangkan penggunaan tenaga dengan ketara. Perkara ini dinyatakan oleh pengasas rangkaian Vitalik Buterin dalam sebuah sidang media. Menurut Buterin, perubahan yang paling ketara dalam blockchain Ethereum yang berlaku sejak 2015 menunjukkan bahawa rangkaian tersebut cukup bersedia untuk kemas kini yang lebih besar lagi untuk mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 99%. 'London hard fork' merangkumi perubahan besar dalam bentuk pengurangan komisen, dengan nama kode EIP 1559. Dijangkakan bahawa perubahan tersebut akan memberi tekanan ke atas harga Ethereum di masa depan. Buterin mengatakan dalam temu bual dengan Bloomberg bahawa 1559 pasti merupakan bahagian terpenting pada 'London Hard Fork'. Kemas kini adalah bukti lain bahawa ekosistem Ethereum dapat membuat perubahan yang signifikan pada waktu yang tepat, tidak seperti rangkaian lain, dengan mengingat kepada pesaing langsung - Bitcoin. Menurut pencipta Ether, peralihan kepada ETH 2.0 akan dilakukan melalui penggabungan dan dijangka pada awal 2022, tetapi ia mungkin berlaku seawal akhir tahun ini.

Gambaran teknikal Ethereum:

Setelah meningkat dengan mendadak ke paras $3,200, altcoin yang ditentukan telah mencapai$2,900, yang kemungkinan besar akan diuji tidak lama lagi. Ini adalah kawasan yang paling bermasalah bagi pembeli Ethereum. Sekiranya pembeli berjaya melindungi julat ini, ia akan menarik pemain baru ke pasaran yang mengharapkan pertumbuhan altcoin yang lebih menarik pada masa akan datang. Dalam senario ini, jalan langsung akan menuju ke paras tinggi $3280 dan $3460. Tetapi jika Ethereum kembali di bawah paras $2900, ini tidak akan mengejutkan. Penekanan akan beralih untuk melindungi paras $2.450, jadi pembeli akan terus fokus pada julat ini. Penembusan harga akan mengembalikan tekanan semula kepada instrumen perdagangan. Selepas itu, perlindungan harus ditunda ke paras rendah $2000 dan $1900. Titik kritikal melepasi paras rendah $1750.

Ethereum terus mendapat daya tarikan setelah mengaktifkan 'London Hard Fork'

Perjuangan untuk mendapatkan nilai pasaran mata wang ktipto berterusan di Dewan Senat AS.

Hujung minggu ini, Dewan Senat AS sedang bersiap untuk memilih rang undang-undang infrastruktur bernilai $550 bilion, kerana percubaan segera Ketua Pemimpin Majoriti Chuck Schumer untuk mengadakan pemilihan pada hari Khamis terhalang kerana ketidaksetujuan terhadap mata wang kripto dan isu-isu lain. Perlu diingat bahawa Senator Ron Weeden dan Cynthia Lummis telah memilih untuk mengecualikan beberapa pelaku pasaran dari membayar yuran cukai. Kami bercakap mengenai pelombong yang terlibat dalam perlombongan bitcoin dan sokongan rangkaian, pemaju, pengesah, dan peserta industri kripto lain yang terlibat dalam aktiviti yang tidak berkaitan dengan pertukaran dan penyimpanan mata wnag kripto. Sebelum ini, semuanya diklasifikasikan sebagai broker, yang dikenakan syarat dan kewajiban yang sangat serius untuk mematuhi undang-undang baru. Keputusan ini mendapat kritikan serius di kalangan komuniti kripto, dan dengan demikian, ia menimbulkan kontroversi di Dewan Senat. Para senator menyatakan bahawa klasifikasi yang lebih terperinci mengenai peserta komuniti crypto diperlukan kerana sebilangan daripada mereka tidak dapat memenuhi syarat perundangan baru secara definisi. Saat ini, pemungutan suara ditunda hingga ke hari Sabtu, dan sehingga saat itu, perlu mengubah peruntukan rang undang-undang mengenai keperluan pelaporan untuk transaksi dengan mata wnag kripto untuk pengumpulan cukai.

Industri mata wang kripto mengatakan bahawa versi asal rang undang-undang itu menyasarkan mereka secara tidak adil dan mempunyai liputan yang terlalu luas. Kini, Dewan Senat memiliki dua versi Rang Undang-Undang sekaligus, dalam pindaan kedua yang mana syarat baru dalam bidang pelaporan pajak akan diterapkan pada pengesah Proof-of-Stake dan pembangun protokol. White House telah menyatakan sokongan untuk versi kedua pindaan tersebut, yang mengandungi perubahan yang diperlukan untuk mengurangkan syarat bagi beberapa peserta dalam komuniti mata wang kripto, dan juga untuk mengurangkan pembayaran cukai di pasar kripto.

Bagi gambaran teknikal Bitcoin, ia kembali ke tahap penolakan $41,100 sekali lagi, yang mengembalikan minat kenaikan harga, yang telah lama bergantung pada penembusan harga pada julat ini. Mata wang kripto hanya akan meningkat secara mendadak ke kawasan $46,700 dan kemudian ke paras $ 52,000 yang kuat jika ia benar-benar mengukuh di atas paras $41,100.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan